salam....
selamat meraikan penghulu hari...Jumaat.
lama tak berupdate....hilang momentum secara tiba2.
hari ni kita review sikit kisah yang masih panas di kawasan saya ni..
cerita yang bermula seawal jam 1 pagi (lebih kurang), Ahad 29.9.2013.
kisah yang disangkakan biasa2 saja rupanya meledak heboh satu negara menjelang hari Isnin 30.9.13.
majlis perkahwinan yang sepatutnya diraikan penuh kegembiraan berakhir dengan trajedi.....trajedi buat tuan rumah serta pengunjung.
bukan sesuatu yang menghairankan apabila seseorang itu mengalami cirit birit selepas menghadiri kenduri terutama sekali dalam keadaan cuaca yang tak menentu macam sekarang ni.cuma kali ini pesakit mengalami cirit yang teruk. tanda-tanda yang dialami ialah:
* sakit perut yang kuat (memulas @ mencengkam)
* muntah
* cirit birit
* demam
tahap keterukan adalah berbeza antara setiap pesakit namun hampir semua mengalami 4 keadaan ini.tanda-tanda ini timbul lebih kurang 12 jam selepas mereka makan di kenduri tersebut.ada yang mendapatkan rawatan awal tetapi tidak mampu bertahan dan terus ke hospital namun ada juga yang cuba bertahan di rumah tanpa rawatan.mereka yang lewat mendapatkan rawatan inilah yang mengalami komplikasi kehilangan air yang teruk sehingga membawa kepada kematian.
empat mangsa meninggal dunia di mana salah seorangnya adalah sepupu pengantin perempuan.
punca dikenal pasti daripada bahan mentah iaitu ayam yang telah dijangkiti kuman SALMONELLA.ayam ini merupakan stok yang ke 2.stok pertama yang dimasak lebih awal tidak mengandungi kuman maka semua tetamu yang berkunjung di sebelah pagi tidak mendapat masalah cirit birit ini.
stok ke 2 mempunyai sekitar 80 ekor ayam disumbangkan oleh saudara kepada tuan rumah.ayam ini khabarnya dibeli lebih awal iaitu pada hari Khamis.bila tiba di rumah kenduri terdapat ayam yg berbau namun bau itu hilang selepas dicuci dan direndam dengan menggunakan cuka.menjangkakan tidak akan berlaku apa2 masalah (orang kampung tidak begitu arif dengan kuman2 ni semua) maka ayam itu dimasak untuk tetamu.
keseluruhannya lebih 200 orang menerima rawatan di hospital-hospital berhampiran termasuk tuan rumah sendiri (pasangan pengantin tidak mengalami jangkitan).ada juga yang mendapatkan rawatan di klinik swasta shj (kes yang agak ringan).
sehingga ke hari ini juga pihak tuan rumah masih dikunjungi pelbagai pihak media untuk membuat liputan.
ironinya:
anak saudara kepada tuan rumah adalah sahabat suami saya (tinggal sebelah rumah kenduri).kami turut menerima jemputan namun suami tidak ada di rumah sepanjang hari Sabtu itu (hari kenduri) kerana terlibat dengan acara treasure hunt.maka kami tidak hadir.
percaturan Allah....melindungi kami dari kejadian tersebut....Allah maha mengetahui.
kesimpulannya:
*berhati-hati semasa menyediakan makanan terutama untuk majlis2 yang besar
*kalau nak ke kenduri sila berusaha untuk pergi awal (makanan baru dimasak)
*kalau makan kat luar pun sila gunakan deria dengan baik...andai dapat ayam @ daging yang berbau sila kembalikan kepada tuan kedai dan tukar kepada menu lain.
*ayam perlu disimpan dlm keadaan beku sepenuhnya (frozen) untuk mengelak pertumbuhan bakteria
*elakkan memasak ayam @ daging yang telah berbau.
*dapatkan rawatan awal sekiranya mengalami gejala keracunan makanan
keratan akhbar kenyataan maaf dari keluarga pengantin
ADUN Tg Dawai YB Datok Tajul mewakili MB Kedah melawat & menyampaikan sumbangan kerajaan negeri kepada mangsa di Hospital Yan.
(lawatan juga dibuat ke HSAH)
Datok Tajul sedang berbual dengan ibu salah seorang mangsa yang meninggal dunia.
notes:
**tidak ada unsur sabotaj atau khianat dalam kejadian tersebut.
**keluarga pengantin turut bersedih atas apa yg berlaku kerana mangsa yg terlibat adalah sahabat handai dan saudara mereka juga.
4 comments:
Sensasinya berita ini kak,sampai kan patient saya, di Shah Alam ni, yang kena cirit birit lepas majlis kenduri,rasa risau yg amat amat risau...Agak menyedihkan ada mortality dlm kes ini kan ...COD nya apa?Hypovoelemic shock ke?
salam ziarah..tu la la nie..mmg kena extra careful...byk penykit berpunca dr food...
happy saturday yana..
DZ..
hehe...fobia habis semua org...kat tg dawai last week ayam tak laku...this week tak pi cari cerita lg...
post mortem bg report/cod as
acute enterocolitis.organism involed is salmonella.
Miss Wahidah...
thanx for visiting..
yep...makanan sekarang tak semuanya selamat.kena hati2.
moga ini dijadikan tauladan..kadang kala kita xsangka sesuatu yg berlaku..
takziah kpd ahli keluarga yg telah kembali ke rahmatullah..
Post a Comment