26 April 2013

MENTALITI KITA


salam...

perilaku kita menggambarkan peribadi & tahap pemikiran kita..
di kejiranan saya ada ramai penghuni yg terdiri dari pelajar IPTA berhampiran.
bila ber'nama' budak 'U' kita pasti menagnggap mereka dari kumpulan yang meiliki tahap kecerdikan yang lebih baik dari 'average'.
malangnya ada segelintir yang bersikap sebaliknya...tidak mencerminkan nilai diri sebagai orang yg berpendidikan tinggi.
lihat saja di bawah ni.
 rumah ini di sewa oleh pelajar lelaki.ini bahagian hadapannya.pelajar2 ini pulang ke rumah (sekarang sedang bercuti) dengan meninggalkan sisa2 domestik mereka begini.
saya tidak pasti siapa yg letakkan notis peringatan di situ.
di bawah ini adalah bahagian sisi rumah yg sama...
rumput mencecah tingkap.
tuan rumah pun sekadar mengutip sewa.apa salahnya tetapkan seseorang untuk memotong rumput secara berkala.tahap ni dah boleh menjadi sarang tikus & sarang ular.


bukan rumah ini saja sebenarnya yang bermasalah sivik seperti ini...ada beberapa buah lagi di sepanjang laluan hadapan ni.laluan belakang saya tak pernah tinjau (tak ada keperluan).

budak2 yang duduk di sini kebanyakannya budak yang ambil 'degree'....apa pengharapan kita kepada bakal2 graduate dengan mentaliti seperti ini?
bukan saja yang lelaki...perempuan pun sama juga.
tong sampah utama bukannya jauh sangat pun...(di sini tiada perkhidmatan kutipan sampah dari rumah ke rumah).masing2 ada kereta & motor.dalam perjalanan ke kuliah pun boleh angkut.satu rumah berkongsi ramai2...buatlah giliran.bukan susah sangat pun.orang lain boleh buat kenapa kamu yang muda & masih bertenaga serta cerdik pandai tidak boleh menjaga kebersihan tempat tinggal sendiri?
perlukah sehingga ke tahap penglibatan pihak pentadbiran universiti untuk memantau perilaku pelajar2nya di luar kampus?

bersama2lah bertanggungjawab menjaga kebersihan agar tidak berlaku wabak penyakit bawaan vektor (penyakit2 yang dibawa oleh haiwan).

2 comments:

Ina said...

Ni lorong rmh saya la ni. Tension btl. Dah rasa mcm tempat pembuangan sampah dah. Memalukan ja klu org luar dtg. Patut la pun org letak notis tu. Harap2 depa sedar diri la lps ni. Kat dpn ni ada 2 buah lg rmh student yg x reti nak buang smph kat tong besar tu kan. Slh satu tu rasanya dah penah dpt notis tp dok buat lg. Setiap rmh ada smpai 3-4 buah keta, 5-6 buah motor. Tp sorg pun x bleh nak pi buang smph. Eh, sori terkomen pnjg plak. Teremosi plak. Hehe..

ieda said...

ina...
budak2 ni tak balik mai lagi...budak diploma lh ni.