petang yang damai hari ni.....agak sunyi berbanding pagi tadi.
hari ni budak2 berdua tu dapat duit sumbangan pelajar RM100.maka pagi tadi dekat2 pukul 12 kami dua org bergandingan la pergi sekolah.pergi berdua cepat sikit selesai urusan.abahnya ambil utk aiman...saya ambil utk nurul.masa kami sampai ramai yg dah balik.yang ada pun budak sesi petang.saja pergi lambat sikit (mula pukul 11 pagi) sebab malas nak berbaris & tak seronok nak tinggalkan kerja lama2.keseluruhannya tinggalkan kerja setengah jam saja.
tengah hari bawa depa keluar.nurul beli baju sekolah.aiman cari sandel tapi tak jumpa...dia memang susah nak cari segala benda...makin cerewet pilih barang.saja ja gunakan duit rm100 tu utk beli barang depa sendiri.maka depa akan rasa sumbangan tu lebih bererti.kalau ambik & terus simpan gitu saja macam tak nampak sgt value & keperluan duit tu utk depa (pandangan saya la).bila pakai duit tu tau plk nurul ni nak jimat...beli baju ja.kain tak mau beli....(that's what I want to see....budget).
duit lebih tu kita simpan.tapi bunyi2 jugak tadi...nak beli buku latihan sebab tahun ni dia nak PMR.batch terakhir utk PMR kat negara kita ni.mula tahun depan dah tak dak PMR...kira penilaian berterusan ja kot.ada juga kengkawan yg kerja cikgu bunyi2 sikit sebab bukan senang kan nak nilai prestasi secara berterusan macam tu.ada periksa besar ni senang nak nampak prestasi pelajar.
saya bukan expert bab2 macam ni...tak mau komen panjang.biarlah pengkaji2 pendidikan buat kerja depa.janji anak2 semua boleh belajar dan hidup dalam keadaan aman damai.
berbalik kepada sumbangan rm100 ni...
andai dapat tiap2 tahun pun ok jugak kan?yang ada anak ramai tu,dapat juga kurangkan beban perbelanjaan sekolah mereka. mana yg rasa tak nak tu sedekahkan saja kepada pihak PIBG sekolah anak2 tu...dapat pahala.
saya ambil ja duit ni sebab pada saya duit ni untuk budak2 ni....bukan untuk ibubapa.kita tolong ambilkan saja.
****notes:
budak nurul ni dok bunyi2 nak tukar sekolah plk tahun depan..sekolah ni katanya tak best...nak pi sekolah manalah plk ni???
1 comment:
RM100. saya pun sokong dan SUKA kalau diberi stp tahun. Rezeki jangan ditolak, kan?
Post a Comment