06 November 2012

REHATKAN SUARA SEKETIKA

salam...

waktu maghrib....
saya sangat2 tak berkenan bila waktu2 maghrib ni terutama sekali masa azan tengah berkumandang,mak2 dok terjerit2 dalam rumah marahkan anak2.memang waktu macam ni anak2 baru masuk rumah lepas berpenat lelah main dengan kawan2.

tapi sekurang2nya hormatlah dengan azan tu...didik anak2 dengan tingkah laku kita yg elok.
bila mak bapak dok terjerit2 (selalunya maklah) wajiblah anak pun terpekik2.kalau anak ramai semestinya berdentum dentam plk bunyi pintu bilik air sebab masing2 berebut nak mandi dulu.
kalau kita buat tak kisah @ tak hormat dgn suara azan,anak2 pun akan buat perkara yg sama.anak2 saya pun bukan sempurna...alpa juga.bunyi tv kadang2 mengalahkan suara azan di surau...tiap kali kena diingatkan.
seronok sebenarnya menghayati azan ni...saya paling suka dengar azan subuh....syahdu.

notes:
teringat anak seorang teman semasa kami konvoi ke Melaka beberapa tahun lepas.anak itu rasanya sekitar 5 tahun.kami berhenti di kawasan masjid.waktu tu menghampiri asar dan kedengaran zikir2 dibacakan melalui pembesar suara.teman ini berbual2 sesama teman yg lain di tepi keretanya.
tiba2 anak kecilnya berkata..."abah nak masuk neraka ke?shhh...diamlah..tu"...sambil tunjuk arah masjid.
saya gelak saja....mesti abah dia pernah cakap..."sapa bising2 masa azan nanti masuk neraka".
abahnya?.....terdiam sekejap..hehe

ada yang menyatakan bahawa terdapat hadis yang menyebut:
“Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya..”
baca DI SINI

tetapi dalam satu ceramah Ustaz Azhar Idrus,beliau menyatakan bahawa tiada hadis yang mengatakan haram hukumnya bercakap sewaktu azan.namun digalakkan kita untuk mendiamkan diri sebagai satu adab orang Islam.dibolehkan bercakap tetapi dengan suara yang perlahan....(boleh lihat di YOUTUBE)

seelok2nya...diamkanlah mulut kita seketika sewaktu azan berkumandang....bukannya lama sangat pun.jawablah laungan azan itu demi menghayati seruan untuk kita bersolat.

rujukan lanjut untuk 
serta 


No comments: