SENANG CARI

05 November 2012

AYAM BAKAR PRESIDEN

salam...
lama tak letak gambar makanan kat sini kan?
jom tengok ayam panggang @ ayam bakar ni.
nampak simple saja kan?
tapi rasanya....
mmmmmm.....terbaikkk...
sekali cuba pasti nak lagi.


tak taulah apa ramuan yang digunakan.
tak boleh nak tanya sebab masing2 tak faham bahasa.

gerai simple saja...kat kaki lima jalan.
harapkan cahaya lampu jalan....bertepuk tampar dgn nyamuk sambil makan.
tapi sentiasa padat.
kadang2 kena tunggu giliran untuk duduk.
dah duduk nak dapat makanan pun kena sabar menunggu juga.
order kat sini biasanya ialah...nasi putih,ayam bakar,daging bakar & sup.
tu ja pun yg ada.
sekali makan untuk keluarga kami (5 org) sekitar RM20 lebih shj....
murah & sedap..(tak termasuk minum sb kedai minuman org lain punya).

saya baru 2 kali jengah kat sini.
lokasi gerai adalah di tengah pekan Hadyai Thailand..
bersebelahan Hotel President.kalau naik tut tut cakap ja nak ke hotel tu.tepi pagar hotel saja letaknya.

p/s:...sup tu nampak ja macam tu tapi pedas teramat...

No comments: