SENANG CARI

19 November 2012

KEDAH-SELANGOR-KL-MELAKA

salam..
sedikit gambar buat kenangan dari cuti2 hujung minggu yg lepas (10 - 13/11/12).

bergerak dari rumah menghala ke selatan melelui lebuhraya.singgah di Lumut sekejap..ke rumah kawan sebab SU nak hantar barang yg dikirim.dah singgah tu faham2 sajalah..makan & sembang2 sampai tengah hari.

terus bergerak ke Selangor melalui jalan biasa.

 terserempak dengan kumpulan konvoi 1MALAYSIA i di kawasan Lekir.
ahli kumpulan konvoi ni terlibat dgn kemalangan dgn treler menyebabkan kesesakan yg panjang.


sampai di Selangor sekitar jam 5 petang.ronda2 dulu cari rumah kawan & rumah kenduri supaya pagi2 esok tak kelam kabut nak cari.
kemudian hantar MIL ke rumah saudaranya kat Shah Alam untuk bermalam di situ.
kami lepak kat hotel bajet ja....area2 situ juga.

malam tu hujan renyai2 tapi nekad bawa juga budak2 pi ICity.
basah jugalah tanah & jalan kat ICity tu tapi alhamdulillah sepanjang berada di situ hujan berhenti.
 budak kecik yang sangat2 teruja bila dapat lepas bebas...dengan suasana yg meriah tu memang penatla nak control budak ni.
(mata dia jadi pelik...hihi)

 nak sangat naik benda alah ni...nama...circus apa ntah..
sekali bila dah naik...ambik kau...ketakutan..hahaha
tengok muka gabra tu...sib baik tak jerit nak turun.

 budak lasak kan...dah kena tarik telinga dgn abah sebab laju ja nak turun kat kawasan tanah belakang dia tu...licin kat situ sebab tak dak rumput..simply tanah...& basah.

 gila posing.
kakak nak bergambar sorang2 dia cepat ja mencelah..boleh buat gaya sama plk tu.

jalan punya jalan sedar2 dah dekat pukul 1 pagi...macam cepat ja masa bergerak.
balik la kan...nak tunggu apa lagi.budak kecik pun dah selekeh...kaki kotor kena air becak.saya basuh ja sikit dgn air mineral...marah dia sebab air tu sejuk..masuk ja dalam kereta terus lelap.

 kami bermalam kat hotel ni..rm80 ja satu malam.
bilik ok la juga..standard hotel bajet kan.cumanya saya tak berapa nak lelap sebab boleh dengar pung pang pung pang dari bilik2 bersebelahan...

esoknya bergerak ke rumah sedara MIL kat seksyen sebelah tu.ingatkan awal lagi rupanya dah pk 12 lebih..cuaca redup.sampai rumah sedara tu sembang2 & makan2 dulu....kira sarapan la.

lepas tu baru ke tempat tujuan sebenar.rumah kenduri di Bandar Bukit Raja Klang...rumah kawan lama SU sekeluarga.tapi rupa dah macam sedara..tak nampak mcm kawan pun.ini kenduri last dalam family ni sebab tu kena datang juga.
lauk semua sedap tapi 'maha pedas'....sedih sebab tak dapat nak menikmati...saya jenis tak tahan pedas.
 pengantin yg dirai...
tengok budak kecik tu...berlari nak menyelit dalam gambar...hish!!

lepas kenduri ni kami ke rumah member kat Meru...tokey nasi lemak.
lupa plk nak ambil gambar.nasi lemak dia memang terbaik la...tak dak bajet diet dah...org hidang depan mata tunggu apa lagi...cover balik yg makan tak puas tadi tu.

lepas sembang2 bagai,kami bergerak ke KL sebab esoknya SU ada urusan kerja.terus saja ke hotel Maluri Cheras.
 bilik best betoi...SU ambik dua bilik....connecting sebab mak dia ada sekali.nak bagi selesa.tengok la budak kecik tu...menghayati...
malam tu bagi dia tidur sorang satu katil queen tu..siap tolak tepi dinding & letak bantal2 kat sebelah satu lagi...boleh dia jatuh katil lagi...hish...lasak sungguh.
tak mau bg dia jatuh lagi,terpaksalah umie tdur dgn dia.

esoknya kami lepak2 saja dalam bilik sementara tunggu SU buat kerja.plannya nak suruh budak2 ni mandi kolam tapi depa tak mau la plk..tak ada geng katanya.
pukul 1 tgh hari baru SU siap kerja...terus checked out.
tetiba SU bgtau, kalau diikutkan dia kena tengok bilik kat Melaka utk program bulan 12 nanti.
fikir2...bincang2...jom ke Melakalah kita...kalau balik minggu depan kena datang lagi...jenuhla nak atur duit.saya pun ada cuti satu hari lagi...jalan teruslah.

maka kami pun menjelajahla Melaka...cari bilik.
untuk kami malam tu sekadar bermalam di Chalet Kak Long di Alai.semua sumbat satu bilik tapi ok la jugak..ada 2 queen bed & 2 single bed..ngam2 utk kami.
harga...rm130/nite.

siang esoknya lepas checked out menjelajah lagi ke beberapa hotel...at last satisfied with Hotel Mahkota di tengah2 pekan.

bergerak balik mengikut jalan biasa.
singgah lunch kat dalam kebun kelapa sawit ni..hujan2 gitu...so tak boleh bawa turun kamera.ni kat area Masjid Tanah.
nasi arabnya sedap...cendol lempuk pun ok juga.tapi cendol lempuk yg tapau utk MIL masam plk santannya...sian dia..takleh makan.bukannya simpan lama pun...masuk kereta terus makan.mungkin santan yg dia guna tu dah tak elok.masuk air hujan kot..hehe.



walaupun agak penat...perjalanan kali ni telah mencapai matlamat yg ditetapkan..
1...makan kenduri kawan SU
2...makan nasi lemak Siti (katanya sekarang dah jadi nasi lemak Meru)
3...dapat jelajah ICity..puas kot budak2 ni bergambar
4...SU dapat settle beberapa perkara di KL
5...dapat cari hotel kat Melaka
6...dapat ambil koordinate UITM Melaka utk member sebab anaknya nak register hujung minggu ni

satu niat ja tak tercapai....nak melawat nabila & adiknya naufal...
insyaAllah one day.


....alhamdulillah.

No comments: