SENANG CARI

10 September 2012

DIA YANG ISTIMEWA

salam....

sedikit tentang nabila.
nabila sudah genap 6 tahun pada 1 september lepas..
banyak perkembangan positif pada dirinya.
walaupun percakapan masih kelam kabut namun komunikasi semakin baik.sudah boleh membuat ayat2 pendek seperti..
"abah......ummie macak" (macak = masak)
"umie...acik mamau" (tak mau nasi)

cuma kalau bercerita saja dia masih menggunakan 'bahasa Jerman' yang org jerman pun tak faham.

pemahaman dia...hmm...tip top...
cakap apa saja (dalam BM la kan) dia akan faham...cuma kadang2 dia buat2 tak faham.

makan...berselera sekali.susu pun banyak sekarang ni...tak larat layan makan dia...
boleh ja suap sendiri tapi kalau umie ada macam2 alasan dia bagi nak suruh umie suapkan.tangan tu wajib la sakit.

hobi..masih lagi menyanyi & menari..macam2 jenis tarian dah sekarang ni.paling suka gelek2 badan yg bulat tu....lawak sungguh rupanya.berlakon makin mantap.masih ada orang yg terkena kalau dia buat drama tangisan...(ingat dia nangis betul2).

suka juga membaca...pantang nampak tulisan dia akan baca tapi guna sebutan yg dia saja faham.daya ingatan utk abjad & nombor tak memberangsangkan tapi kalau untuk benda2 lain elok saja.susah nak ajar membaca sebab nanti dia yg akan jadi cikgu kpd kita...tak ikut kena marah..
tapi dia boleh ingat tempat2 barang yg dia simpan @ sorok.

belum lagi drypers free sepenuhnya (faktor ibubapa juga kot) tapi kalau seharian di rumah boleh saja tanpa pampers,cuma kita kena sentiasa peka dgn percakapan dia.bila dia bgtau nak membuang kenalah cepat2 bawa ke tandas.tapi kadang2 dia main2...saja nak kenakan kita.
kalau tak pakai pampers jangan juga suka2 nak bg dia merajuk...nanti kat mana dia merajuk kat situlah dia basahkan....sabar sajalah..

masih lagi hantu TV esp cerita upin & ipin,dora,cerita P.Ramlee,hindustan (bhg nyanyi2) dan yg terkini...melangut cerita Korea....boleh tekun tengok macam la dia faham.

semakin memahami tentang solat...dah kurang mengganggu...selalunya umie la yg dia suka kacau..siap baring2 atas sejadah.buat muka macam2 rupa.elok kita bg salam ja dia lari...tau plk org dah habis solat.sekarang ni setakat cuit2 telekung dari belakang & kadang2 cuit sejadah.

kesimpulannya...
nabila is our fun & joy....penyeri dalam rumah (walau kdg2 hilang sabar dgn angin dia).
moga terus sihat....mampu berdikari & dewasa sbg muslimah sejati..

"kami menyedari kekuranganmu tapi kami melihat kelebihanmu"

potong kek semasa beraya di rumah abah tanker...
(nabila ada ramai abah)
nampak sikit tu makcik siti, isteri abah ad sengau..
baju oren tu abang cik, anak abah superman..
yg tolong potong kek tu abah nabila laa..


9 comments:

Daddy Ziyyad said...

wahhhh..nabila pandai berlakon yer kak..hehehe

besar pahalanya kak menjaga anak istimewa macam nabila ni...moga nabila akan berdikari sebagaimana harapan akak sekeluarga

Daddy Ziyyad said...

ps: tentang soalan saya pasal kawan akak yg migrate tu....Ni email saya: drfaizie@yahoo.com.au

TQ ya kak

Salina@IbuAqil said...

Happy Belated Birthday sayang..
Moga kau menjadi anak solehah diberkati dunia & akhirat.. ;)
Aminnnnnnnn!!!

Norhuda Rahman said...

Salam,

Dari apa yang umi nabila described tadi mmg sebiji macam perangai adik saya , Agaknya semua budak DS mmg sama kot perangai dia. Dia suka nyanyi2, kalau match kan kaler baju mmg pandai .

Pura-pura nangis pun mmg tipah tertipu lah...air mata pun keluar sekali . Kalau memuji orang tu nombor satu .. 'kakak cantik.kakak lawa' mmg pandai beli jiwa lah.

Untung Nabila sihat takde apa2 masalah kesihatan. My sis ada heart failure... mcm2 complication , pil walfarin mmg makanan harian dia. Sempat juga dia bersama keluarga sampai umur 26 tahun. Doktor kata sampai 16 tahun je ..alhamdulillah - segala permintaan sempat kami penuhi...

Zach's Momma said...

Happy Birthday Nabila..!
Semakin besar, semakin banyak akal nih hehehe.. tak tahan tu suka tengok citer hindustan and korea? hahahah.. comel lah kamu :)

SURIA AMANDA said...

happy belated birthday Nabila...

ieda said...

DZ...
kalau azian irdawaty tengok mesti tabik spring punya...hehehe

..tgh tunggu tuan punya badan permission..

Salina..
tq...amin...


norhuda..
nabila ada masalah juga...PDA tp dah elok sendiri..then imperforate anus..sekarang kena jaga tak boleh bg sembelit.
btw...adik norhuda boleh cakap dgn elok masa umur berapa?

zach's momma..
hindustan tu ok lg..ada nyanyi2..yg korea tu pelik jg saya...bukannya ada apa pun...cakap ja.dia boleh layan sampai tgh malam.


suria amanda..
terima kasih.

Noina said...

happy Birthday Nabila.. :) Moga terus membesar dengan sihat dan ceria selalu.. :)

Norhuda Rahman said...

Umi Nabila,

Adik saya sebenarnya masih tak boleh cakap lancar macam kita.. masih sepatah-sepatah tapi dah boleh faham. Dia stat cakap melayu (tak cakap Jerman) masa umur 10-11 tahun tp dia dijaga oleh mak dan abah dikampung, tak expose mcm di bandar.

Now dah ada macam-macam badan mcm Kiwanis semua tu .ada speech terapi la..hearing terapi , my late sis tak berkesempatan expose dgn peluang macam tu. dia main pandai2 sendiri je.

Apa2 pun auntie ucapkan agar Nabila dikurniakan kesihatan yang baik, dapat membesar dengan sempurna, dapat membahagiakan dan menceriakan keluarga selama mungkin. Aminn..