19 July 2012

TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH..PERLU ATAI TIDAK?

salam..
redup saja hari ni...moga berterusan ke Ramadhan..aaamiinnn.


sambungan kisah telefon bimbit ke sekolah..
soalan  saya..
siapa sebenarnya yang bagi idea untuk benarkan pelajar sekolah bawa telefon bimbit ke sekolah ni?..hmmm...

membandingkan antara kebaikan & keburukan idea ni...jelas sangat keburukan lebih banyak.
kebaikannya:
1..anak2 mudah hubungi ibubapa andai ada kelas tambahan/aktiviti yg tidak dirancang oleh pihak sekolah

2..jika anak2 lewat pulang mudah bagi ibubapa untuk mengesan mereka

3..andai berlaku perkara tidak diingini seperti kes culik dsb mudah bg pelajar menghubungi keluarga untuk bantuan

ada lagi?

keburukan/kekurangan:
1..mengganggu tumpuan pembelajaran
-tengah cikgu mengajar tetiba telefon bunyi (mesej/call tak kiralah)..bukan saja tuan punya telefon tetapi satu kelas terganggu.
-masa kat sekolah ibu mesej bagitau keluarga nak keluar makan angin/shopping...haruslah anak yg jenis suka mengikut ibubapa ni hilang tumpuan utk belajar selagi tak habis sesi sekolah hari tu.

2..punca pergaduhan
-telefon hilang...mula tuduh menuduh & kekasaran antara pelajar.silap haribulan dengan cikgu sekali kena marah.
-bila cikgu merampas telefon (atas alasan tertentu) pasti ada rasa tidak puas hati dari pelajar @ keluarganya

3..penularan masalah sosial yang lebih teruk
-rakaman & penyebaran gambar & video yg tidak elok utk ditonton menjadi lebih popular..kenapa?bila dah berkumpul ramai2 mesti lebih seronok untuk menunjukkan kelebihan masing2..betul tak?
-mudah bagi pelajar mengatur aktiviti tidak bermoral sesama mereka dari waktu persekolahan lagi seperti keluar selepas sekolah dsb.
-memudahkan pelajar membuat hubungan dengan orang luar seperti menetapkan temujanji selepas sekolah dsb.
-sekadar mesej @ telefon ibubapa memberitahu ada aktiviti tambahan membolehkan mereka meluangkan masa utk aktiviti tidak sihat selepas sekolah.

4..gangguan psychology kepada pelajar dari keluarga kurang mampu.remaja mudah terikut & memang suka berlawan sesama sendiri.pastinya akan menjadi tekanan andai sering diejek olah kawan2 hanya kerana tidak mempunyai telefon bimbit atau yg ada hanya jenis yang murah.

5..memudahkan pelajar mengakses ke laman2 sosial pada sebarang waktu (telefon canggih kan sekarang).ini boleh mengurangkan masa mereka untuk aktiviti pembelajaran.

banyak lagi....sila tambah sendiri.

dan...
dengan bebanan sistem pendidikan & tingkahlaku sosial pelajar sekarang,mampukah guru2 menghadapi cabaran tambahan ini?
andai hati sentiasa tidak tenteram,bagaimana mahu menurunkan ilmu dengan berkesan?

selama ini tanpa telefon bimbit kita tidak menghadapi masalah perhubungan dengan anak2 sewaktu persekolahan mereka.

adalah lebih baik dan lebih berkesan andai pihak kementerian menambahkan bilangan telefon awam di kawasan sekolah untuk kegunaan pelajar.


5 comments:

Dr K said...

Ironinya, di Singapura, mereka telah lama gunakan Ipad sebagai alat bantuan mengajar. Singapura hanya sepelaung sahaja dari Malaysia. Dan penggunaan Ipad itu dtg nya impak yg cukup positif buat pelajar2 mereka. Soalannya, kenapa tak boleh di Malaysia?

syida said...

salam, sy stuju juga kalo bilangan telefon awam (kadfon) yang ditambah & dikawalselia sebaiknya.bila bawa hp ke sekolah, mmg lbh mudah tapi keburukannya mengatasi manfaat.hmmm ntahla..

ieda said...

DZ..
its back to the attitude & dicipline.

syida..
yep..pro & kontra kena diambil kira.

Kak Jie said...

kajian selalu mendapati banyak kesan buruk, jadi kenapa nak bawa perkara yang lebih banyak keburukan ke sekolah...masalah sedia ada pun tak tertanggung cikgu nak hadapi

SURIA AMANDA said...

setuju..byk buruk dari baik...