20 May 2012

MANA BEST?..HOTEL KE RUMAH?

salam..


mood weekend kat rumah tiba2 bertukar jadi mood holiday kat hotel.
malam tadi bermalam di VISTANA Hotel Pulau Pinang tanpa perancangan.
semalam ada perasmian motor baru dari SYM.kebetulan SU pemilik SYM makadia & ahli kelab yg lain dijemput utk memeriahkan majlis...asalnya dia malas nak join tapi pihak pengurusan dah tempah bilik (sebab ada dinner) maka tak sampai hati plk nak tolak.
asalnya dia nak bermalam dgn kawannya saja tapi kawan tu plk kena balik awal sebab pagi2 ni ada urusan keluarga.
fikir punya fikir....SU ajak la anak isteri dia guna pakai bilik free tu.
oleh kerana Penang tak jauh mana,maka isterinya pun bersetujulah.
thank you Vistana...
thank you event management yg bagi bilik ni..

biliknya selesa...dapat twin bed.best sangat sebab ada banyak bantal...4 bantal besar,2 bantal kecil macam nabila pegang tu.pemandangan dari bilik pun best.nampak kolam renang & jalanraya yg sentiasa sibuk.
lawaknya masa nak naik ke bilik (tingkat 7), kami tersadai sat kat lif.ada dua customer lain pun sama macam kami..terpinga2 ingatkan lif rosak.rupanya kat sini kalau nak naik kena masukkan kad kunci tu dalam lubang yg disediakan sebelum tekan button level floor...tak masukkan kad tu maka tak naikla lif tu....dok buka tutup kat tingkat tu ja...mujur terserempak staf hotel kat depan lif tu.
kalau nak turun takyah insert kad..tekan button ja.
patutla depa bagi 2 kad...untuk safety ni.maknanya hanya penghuni hotel yg boleh naik guna lif...yg lain2 kalau nak naik juga boleh menumpang org menyelit dalam lif atau panjat tangga.


paling teruja bila masuk bilik ialah budak kecik bambam tu...dah lama tak bawa tidur hotel.masa pi dulu dia kecik lagi.
macam org sasau ja dalam bilik tu...tak diam langsung.paling teruk kena attack ialah telefon.pandai plk dia tekan2....at last saya disconnect (balik tadi lupa nak connect balik..hehe).mana taknya...staf kat bawah dah call bilik tanya ada masalah ke sebab depa dapat banyak call dari bilik kami...haiyaaa nabila...
minah tepon sungguh la budak ni.

kami sampai dah pukul 7 lebih sb SU ke Thailand dulu paginya...kalau sampai awal boleh lepak kat pool ni ....
boleh tgk dari bilik ja lah...sib baik nabila tak melalak ajak turun ke kolam.
simple tapi nampak best...
malam lepak ja dlm bilik..layan tv sampai terlena.SU pi event dgn kawan2 dia....pk 2 pg baru balik.pagi ni awal2 checked out..pukul 9 dah nak masuk kerja kan....mujur Ahad..penang cuti.jalan pun lengang ja....
nak balik tadi baru perasan..hotel ni terletak bersebelahan Kompleks Perniagaan Bukit Jambul...hanya dipisahkan oleh kawasan perumahan.
di sebelah hotel ni ada restoran KAYU NASI KANDAR....pernah makan sekali kat sini dulu...boleh la..tapi customer kat kedai ni sentiasa ramai.
kami bergerak dari hotel sekitar 8 pagi...8.45 pg sampai rumah.
jambatan masih kelabu.....yg penting tak sesak.

sian gak kat nabila...ketaq2 mandi pagi ni...tapi mood elok takpa..



4 comments:

Fadhilah Maarif said...

tetap comel si bambam tu.. ;)

Dr K said...

saya pernah duduk di vistana ni...cuma tak ingat pulak part naik lift tu kena masuk kad, maybe tu security measure yg baru kot...baguslah..dulu saya suka makan nasi kandar opposite kompleks bukit jambul tu :)

Dr Singa said...

pekena tak Nasik kandaq tu??

ieda said...

fadhilah..
makin berat.makan banyak.

DZ...
akak ni tak berapa berkenan dgn nasi kandar...so mana2 un rasa mcm serupa ja..


DRS..
tak makan pun...abah depa ja makan.kita makan nasi bekal..hihi