SENANG CARI

27 May 2012

CUTI....BANGUN PUKUL BERAPA?

salam...


musim cuti sekolah...musim kenduri kahwin...
saya belum start ke kenduri lagi..hujung minggu ni baru ada.

cuti2 sekolah ni biasanya pukul berapa budak2 kat rumah tu bangun tidur?
bangun awal,pintu rezeki terbuka luas kan?
saya sendiri biasa2 saja...takla awal sangat.kadang2 tidur balik lepas solat subuh kalau mata berat sangat (tidur memang tak tetap masa..boleh lajak sampai 3 pagi kalau bersembang dgn SU).

nurul memang minah lena..jadi dia mesti tidur balik lepas subuh..dah sekolah petang plk tu...cuti tak cuti sama ja.
nabila?...hari sekolah liat....hari tak sekolah kdg-kdg 7.30 dah bangun...paling lewat 9 lebih...tak payah kejut pun.

saya ni sebenarnya takla kisah sgt pukul berapa depa nak bangun asalkan dah solat.tapi janganla sampai pukul 11 dok terbenam kat katil lagi...sakit jiwa menengoknya.
nabila tu saya lebih suka dia bangun lewat sikit kalau hari2 cuti ni sebab senang saya nak buat kerja rumah...tak dak gangguan.kalau mengganggu mulut ja takpa...ni tangan tak reti nak diam..semua nak disentuhnya.marah sikit merajuk....tapi merajuk sat sangat...tak sampai 5 minit mai kacau plk.
saya jenis ke dapur sorang2...rimas kalau ada orang lain nak membantu...jadi memang tak kisah kalau anak dara besar tu temankan anak dara kecil tidur sampai saya siap kerja.jangan anak dara kecil mengacau tapi yg besar sedap lena..time tu mmg volume naik la...

saya rasa ramai budak sekolah sekarang suka bangun lewat masa cuti2 macam ni.maklumlah malam2 mengadap tv,internet,video dsb.yg besar sikit lepak kat luar.maka tidur pun lambat.dah tidur lambat nak bangun awal memang payah la kan..

masa kecil dulu saya biasanya bangun awal...ibubapa tak kejutkan pun tapi dah terbiasa macam hari sekolah.bangun,mandi....sarapan ala kadar (orang kampung kan...)...kemudian hilang lesap dari rumah.merantau sekitar kampung main dengan sepupu2.biasanya bagitau bapa nak ke satu rumah ja...tapi lepas tu bergerak ke rumah2 lain pulak.tapi dalam kampung tu juga..tak melepasi sempadan.makan tengah hari kat mana yg sempat (dalam kampung tu semua sedara...tak susah nak menumpang makan).sebelum magrib balik rumah.

zaman sekarang ni budak2 terutamanya yg remaja dah tak kenal waktu...memanjang nak duduk kat luar rumah.saya respect kepada ibubapa yang mempunyai anak2 yg mengamalkan nilai hidup & budaya Melayu Islam sejati dalam zaman sekarang ni...sungguh kagum & berbangga dgn mereka.



No comments: