...cerita kenduri tunggu sat dulu.malas nak load gambar...hihi.mood belum mai.
nak cerita @ sembang ttg kerja.
masa student & HO dulu,antara soalan yang paling saya tak suka dengar/dapat dari lecturer/specialist/boss masa ward round ialah.....
"ok....what you want to do with this patient?"
soalan yg biasanya akan dapat selepas present & discuss case.masa HO boleh tahan jugakla tapi kalau masa student mmg suspen nak jawab.tambah2 kalau yang bertanya tu garang semacam.tunggu masa nak sergah kita ja.but that was the most important part in patient managemant...."what should you do".
pernah sekali saya dapat soalan ni masa student utk case yg dah stabil...paediatric case.
dalam hati terus "O..o...nak jawab apa ni?"
basically mmg dah tak dak benda yg perlu dibuat dgn patient tu.nampak dia pun dah ok....so saya beranikan hati jawab.."discharge".....
"nurses will like you becoz you clear the ward...good.discharge this patient."...kata boss.
fuh!!!..selamat...lega.
ok..motif cerita sebenarnya...
tadi saya dapat patient yg datang utk scan sebab baby dalam kandungan tak bergerak.bila scan saya nampak the baby is already dead...(innalillah)..hanya utk hari ni baby tu tak bergerak.malam tadi aktif lagi kata ibunya.
apa yg saya kena buat?
refer saja ke hospital...senang kan?doktor kat hospital akan teruskan rawatan selanjutnya.tapi kena cerita juga kat patient apa yg akan dibuat kat hospital nanti...repeat scan,induction of labour dsb.
dia tanya.."doktor,confirm ke baby ni dah tak dak?"
saya jawab..."pd saya mmg confirm.tapi polisi hospital mmg akan scan sekali lg.kamu jgnlah mengharap sgt."
dia senyum tapi matanya berkaca.
baby dah lima bulan dlm kandungan.....bohonglah kalau tak sedih.
itu kes yg agak mudah utk ambik decision.kadang2 datang kes yg buat kita serba salah & 50-50....balik rumah pun susah hati dok fikir pasal patient.
contohnya yg bacaan gula dalam darah dah sky high....meter pun tak boleh baca, sekadar tulis HI (high).ikutkan mmg kena admit tapi patient tak mau.
bleeding in early pregnancy pun sama.ramai yg enggan admit esp kalau bleeding sikit2.biasanya alasan mereka ialah tak ada org nak jaga anak kat rumah...understood.tapi berisiko la nak duduk rumah.takut tetiba heavy bleeding.
beeing a decision maker mmg susah kan?tapi as long kita hidup ni memang sentiasa kena buat keputusan dalam banyak isu.
isu terkini...
1...cikgu nak kena kerja 9 jam sehari....isu hangat nih.
2...sambutan seksualiti merdeka 2011.....isu utk org tak cerdik.
3...esok.....keputusan UPSR.....isu pilih sekolah menengah pulak dah....hihi.
1 comment:
besnya entry ni.. boleh tau dilema kerjaya lain..
Post a Comment