15 July 2011

NAK MAKAN KENA JENTIK

salam.

musim buah belum habis lagi...tengah meriah dengan cempedak,durian ,rambutan & manggis.
malam tadi nampak buah ni pulak muncul...bergayutan kat gerai-gerai tepi jalan.
masa masuk kerja petang ni nampak kat gerai depan klinik pun jual jugak.
ni lah buah yang baru bermusim...BUAH JENTIK
nak buka kena jentik kulit dia...sila percaya..hahaha....
kalau picit pun boleh terbuka gak.


isi dia oren gini....comey2 ja.
(gambar ni google ja)


ingat nak beli untuk nurul...sekali g tanya RM6 utk seikat seciput tu...amboi...mahainya!!!
nantilah dulu...biar dah banyak nanti mesti turun harga.kat tepi jalan kat Singkir murah sikit kot.buah ni kalau kena yang manis sedaplah...
kena yang masam....mmm....orang kedah kata "masam piang".

tengah google tadi jumpa gambar ni...
jambu merah...sedap.

saya lebih suka yang ni drp jambu batu biasa tu.jenis merah ni lembut & manis walaupun biji lebih banyak berbanding jambu batu yg putih tu.lama dah tak jumpa buah ni.

****JOM MAKAN BUAH JENTIK...JANGAN BELA JENTIK-JENTIK****

3 comments:

Zullism said...

dah lama tak makan buah jentik ni..kat kg saya dulu banyak jual

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ieda biasanya makan buat jentik tu, picit aje. He he dan teringat masa kecik-kecik dulu, akak selalu panjat pokok jambu ni, tapi sekarang susah nak jumpa yang warna merah begini...

Pnut said...

Ya Allah teringinnya nak makan?? ada juai ka??? ishkkk baru hari tu letak kat fb.. sini tak dak juai.. nak kena bodek mak tok bebudak ni bawak mai la..