06 May 2011

PROBLEM SOLVING

salam.
hari ni just nak share satu lagi perkembangan nabila the bambam.
setakat ini mmg nabila dah faham hampir semua arahan atau suruhan yg diberikan kpd dia.cuma kalau ayat yg terlalu panjang,nabila agak susah nak faham...so dia buat muka blur.kemudian tanya kita balik..."ni?...'a ni?" kalau jadi mcm tu kena ulang balik arahan satu2.

petang tadi masa saya kat dapur tgh buat kerja (di kedai SU),nabila minta nasi.kat kedai manalah nak ada nasi.so saya suruh dia minta duit drp abahnya untuk beli nasi tu.lenggang lenggok ja dia jalan ke depan ke tempat abahnya.tak taulah apa yg dia cakap.then dia datang balik kat saya.kacau2 saya buat kerja.

saya tanya mana duitnya...dah minta dari abah ke belum?
dia ulang ja cakap saya..."uit...uuit.."(duit).
tahu dah...mesti tak minta lagi.so saya cakap slow2..
"pi kat abah...minta duit nak beli nasi"
dia buat muka tak faham.
"nabila...pi kat abah...cakap....abah,nak duit.beli nasi."
dia jalan ke depan....tapi bukan cakap dgn abahnya...
boleh dengar suara dia cakap ni..
"kakak...mai ni.."
ooo...rupanya dia panggil kakak yg mmg ada kat depan tgh buat kerja sekolah.
dia pegang tangan kakaknya bawa ke tempat saya buat kerja..
pastu tunjuk2 saya kat kakaknya...
sambil mulut bercakap..."kakak...ni"
rupanya dia nak saya bgtau kakaknya apa yg saya suruh dia buat tadi sb dia tak boleh nak faham...

so sweet...
nampaknya nabila dah develope skil baru...dia guna otaknya untuk berfikir macam mana nak selesaikan masalah.
mungkin simple bg kita but definitely a great achievement for a special kid like my bambam.


moga nabila terus membesar dgn sihat & menjadi anak yg pintar.


5 comments:

h4ni3 said...

pandai nabila..
guna third party yer.. hehe

Noina said...

hehe..bijak!! seronok tgk telatah nabila..

Anonymous said...

Haha.... pandai dia guna kroni :P

Azma said...

hehe..pandai bambam..

ieda said...

h4ni3..
sel2 otak berkembang hehe

ina..
seronok tapi kadang2 sakit jiwa.

kak tie..
kakak selalu jadi mangsa..kalau ada buat benda salah pun dia tuduh kakak jugak.

azma..
bab nak makan mmg geliga...hehe