SENANG CARI

20 January 2011

NABILA SEKARANG

salam..
hari ni nabila tak sekolah.mmg sekolah dia cuti tiap2 khamis sb cikgu buat lawatan ke rumah utk pelajar2 tertentu.so dlm seminggu nabila cuma sekolah 4 hari saja.tapi kdg2 2 hari sb ada PH @ ponteng....hehe.
dah tau hari ni cuti senang plk dia bangun..semalam bukan main susah lg.bila suruh bangun kata ngantuk la...mengeliat2 tak mau buka mata.hari ni lenggang kangkung ja bangun..ishhh....
tak sempat mandi terus makan kuih apom 2 biji.pastu kenen nasi kakak plk...sib baik nasi tu pedas.kalau tak melopongla kakak kelaparan.
sekarang nabila dah  thn lebih...
dah makin bijak berkomunikasi & makin bijak memanipulasi...
perkataan baru nabila...
ci (kunci)
ta (kereta)
we we (motor,kereta polis,ambulans)..we we tu bunyi siren.motor abah mcm motor polis so masuk kategori yg sama.
cin (kencing & kucing....mmg konfius)
kan (ikan,lauk)
akan (makan)
acik (nasi)
perkataan paling best didengar ialah..
amboi!!!!
macih babah.....

kalau mengira....'apan...ujuh...apan...ujuh...'..ada dua nombor tu ja...

masuk kereta pun nak buat sendiri dah...umie takleh tunggu kat pintu tempat dia nak masuk.kena tunggu dalam kereta..bukakan pintu utk dia.then dia masuk sendiri & tutup sendiri.tutup cermin sendiri.lock pintu.kadang2 eksen..adjust aircond,radio segala.tapi pintu mmg kena sentiasa lock sb bila angin tetiba, dia boleh buka pintu.so kalau drive dgn dia ja mmg tak boleh laju & kena layan dia supaya angin puting beliung tu tak mai.

bab buat lawak mmg makin advance...macam2 gaya,macam2 style.badan,muka semua macam2 aksi.tapi semua lawak dia ni utk kami dlm rumah ja.kalau dgn org lain mmg susah dia nak tunjuk.setakat suruh menari tu oklah.


7 comments:

Daddy Ziyyad said...

akak hantar nabila private school ke?
memang terhibur tgk keletah anak2 istimewa kan kak...

Salina@IbuAqil said...

comel sungguh!!! hihihihihi

mummysyafie said...

hari khamis mmg tak sekolah yer. lambat laun bleh la nabila hafal nombor dengan lengkap.

ieda said...

DZ..
taklah..kat PDK ja.
tgh mencari jg sekolah lain tp tak jumpa lg.

ina..
hehehe...

mummysyafie..
tak taulah bila nakdapat..bila kita ajar memanjang ja sebut.."amau.."

Jue-Isteri_Ibu said...

makin bijak nabila ni...

kakyong said...

bestnya nabila dah buleh sebut word @ bercakap & difahami...

anak sedara saya si Adib tu rajin juga menyembang.. tp 1 apa pun saya tak faham....

ieda said...

jue..
makin mengada2 plk tu..hihi

kakyong..
lama2 nanti boleh kot.nabila ni kalau satu2 boleh la..kalau sembang mmg tak faham jg.