SENANG CARI

22 November 2010

TERKENANG ZAMAN DULU KALA

salam.
rumah sapa ada lampu macam ni?

lampu gasolin
masa kecik2 dulu kalau dapat lampu ni memang meriah la rumah.almaklum,masa tu rumah takdak letrik lagi.tiap2 malam guna pelita minyak tanah (org kedah sebut pelita minyak gaih) yg asap hitam berjelaga tu.tapi masa tu dah cerah sangat walau ada dua pelita utk satu ruang.
pelita gasolin ni akan muncul bila ada kenduri.nak pasang pelita ni kena pam2 dulu...ikhlas cakap,saya pun tak reti..hihi.tapi masa kecik dulu suka sgt tengok orang nyalakan pelita ni.rasa kagum sungguh (perak sebenarnya).bila lampu dah menyala apalagi...riuh rendah la rumah.dulu2 bila nak kenduri kahwin orang buat 'balai' sehari @ 2 hari sebelum tu.maka 'balai' nilah jadi medan pertempuran budak2.uols pernah dengar tak ttg 'balai' ni?bukan balai polis noo..nanti bila rajin kita cerita ttg 'balai' pulak.

gambar lampu kat atas tu saya capture kat rumah parents kawan kat Semanggol Perak.tapi lampu ni dah tipu saya.ingatkan jenis pam2 macam dulu.rupanya tekan suis saja...cheh!!!depa guna sarung ja...dalam tu mentol letrik.

3 comments:

Pnut said...

eh baru beli satu letak kat rumah sini, hubby minta sangat, dok ada tergantung kat anjung rumah.. beli yang jenis pump tu lagik..

SURIA AMANDA said...

kalau buat hiasan utk rumah pun cantik ni kot..klasik jer kan?

ieda said...

pnut..
pandai pasang dak??hehe

lisa..
mmg cantik tp kena combine dgn gaya klasik lain lah.kalau tak, nampak pelik plk nanti.