SENANG CARI

03 November 2010

DUGAAN ALLAH LAGI..

salam..
dugaan penghujung 2010..
banjir besar melanda Thailand & utara Semenanjung.memang tgh suspen sekarang ni sb kampung saya pun kena jugak.nak balik tengok pun tak boleh.polis tak bagi sebab takdak jalan masuk.boleh sampai area alor setar saja & air menghala ke alor setar plk.

saya ada rumah sendiri kat kampung yg mmg kosong.selalu pi singgah2 saja.tp bila bapa meninggal kakak bawa mak saya balik ke sana sebab arwah pesan nak kebumikan di kampung.mak mmg tak sihat.so drp ulang alik lebih baik stay kat situ terus.
tahun2 yg lepas rumah ni selamat malah jadi tempat sedara mara yg kena banjir menumpang sementara.tapi tahun ni lain plk halnya.air hampir mencecah lantai.

status sekarang...menunggu pasukan penyelamat.
harap2 depa boleh hantar sampai SP sb my mom tak boleh duduk dah...baring ja.my auntie (kakak my mom) pun uzur tp masih boleh duduk.nak duduk kat pusat pemindahan mmg tak selesa langsung.not worth.tak pindah pun takut air naik waktu malam.lg susah.
moga Allah memudahkan segalanya utk semua yg terlibat dgn banjir kali ni.
kawan2 tolong doakan ye...thanx a lot.

drp utusan hari ni

pekan Jitra
shell kepala batas
tak jauh dari rumah saya di kampung
dua2 gambar ini dari FB kawan

rumah mak saudara di kampung...sebelah rumah saya
awal pagi ini
rumah saya..pukul 11 pagi ni.
gambar2 ni dari FB sepupu.
wifenya mms gambar dari kg.


gambar2 kat bawah ni saya enlarge sb tu blur.

8 comments:

SURIA AMANDA said...

moga semuanya selamat..marilah kita berdoa....

Kerikil Kehidupan said...

moga semuanya selamat kak ieda

kakyong said...

semoga semuanya selamat... teruk juga banjir kali ni kan...

semoga mak kak ieda selamat & dpt bawa balik rumah kak.. sian lah pulak kalo dok kat pusat pemindahan...

A.I said...

Allahuakhbar!!

Alahai..kesiannye. Semoga mak akak & semua saudara-mara selamat hendaknya. amin..

ieda said...

terima kasih semua...
air maintain ja.so tak pindah la.cuma masalah bekalan air bersih dgn letrik ja la ni.

NB KARA said...

alahai ieda, siannya kat emak tu. Harap2 dia okaylah, tak apa2kan. Berdoalah semuanya akan okay. Akak tak pernah rasa banjir ni..sbb kg pun nama bukit katil, dahlah bukit..katil lagi..he he

NB KARA said...

Al fatihah untuk ayah ida, dari ALLAH dia datang kepada ALLAH dia kembali. Sama usia dengan ayah akak. Aduhai..tak dapat dibayangkan kalau bapak akak pergi. Mesti sedih sangatkan ida.

ieda said...

thanx kak yati...rasanya esok boleh balik kg kot..hopefully.