05 November 2010

BANJIR NOVEMBER 2010...part 1

salam..
Cerita banjir kat kampung saya..

Sabtu,30/10/2010
Bapa saya meninggal dunia.
Hujan mula turun dengan lebat sebaik ketiadaan arwah.
Jenazah dibawa pulang ke kampung.urusan selesai menjelang magrib.
Hujan juga turun dgn lebat di kampung.
Majlis tahlil di buat di surau.


Ahad 31/10/2010
Awal pagi balik ke SP.
Cuaca mendung.petang ahad balik semula ke kampung.
tahlil di rumah...hujan kadang2 lebat.
Malam balik semula ke SP.singgah rumah kawan melawat jenazah bapanya
yg meninggal di SP.
pk 2.30 pg sampai rumah.


Isnin 1/11/2010
Pagi...kerja.
Petang balik kampung.hujan sepanjang jalan dari alor setar.
Tahlil di surau.


Selasa 2/11/2010
Air parit mula melimpah.
Awal pagi balik semula ke SP.cuaca mendung.ada kawasan sawah yang dah tenggelam.
Malam – kakak bgtau air dah mula naik kat kampung.


Rabu 3/11/2010
Awal pagi..air mencecah anak tangga pertama
Lebih kurang 11 pg air mencecah anak tangga kedua.
Pada masa ni semua rumah lain kat kampung tu dah dimasuki air.


Semua penduduk pindah ke pusat pemindahan (surau/dewan/sekolah kat kampung ni jg).yang tak pindah hanyalah family saya dan family Cu saya (adik mak) sb rumah saya tak masuk air & mak & mak ngah dah tak boleh jalan.terbaring saja.so lebih baik stay kat rumah.lagipun paras air bertahan saja.


Kat SP saya dah ready nak balik kampung.tapi bila hbby call kawannya yg kerja kat AS (alor setar bkn amerika syarikat yer) dia bgtau semua jalan nak masuk ke kampung saya tak boleh lalu.air dah tinggi.h/way pun tutup.maka kami hanya mampu berdoa paras air tak bertambah.Hbby call pusat bantuan minta hantarkan bekalan air tapi terpaksa ikut giliran.mmg lambat.sampai mlm pun tak dapat lagi.


Khamis 4/11/2010
Kata kakak saya air kat kampung dah surut tapi bekalan air & letrik masih belum ada.
Saya & suami nekad nak balik juga ke kampung sb family dah takdak air bersih.bantuan pun tak sampai.bukan saja ke rumah,ke pusat pemindahan pun sgt lambat.makanan limited.sepupu2 dah letih nak redah air utk ke kedai di Tok Jalai...(jarak lebih 5 kilometer rasanya).
antara rumah yang terjejas teruk di kampung saya


...........akan bersambung.....

4 comments:

ME said...

Semoga semuanya selamat. Ieda, rumah akak kat kg pun teruk kena, luckily my mum, Tok & abg dok kat rumah adik akak kat Alor Setar, dok jimat guna air tangki, as for air minum mmg guna air mineral la lagi selamat, cousins yg lelaki choose to stay kat pusat pemindahan (at least depa boleh tolong apa yg patut) .. pusat pemindahan yg pertama pun naik air so kena pindah ke pusat kedua. Bantuan memang lambat sampai .. dok pujuk semua mai Selangor dulu sementara banjir surut, tapi org2 tua2 biasalah, tak mau mai lagi, sampai my sis balik kg nak bawa balik sini pun depa tak nak ikut lagi. Apapun kita sama2 doakan semuanya selamat .. dan banjir cepat surut

ieda said...

kak..air kat aloq setaq makin naik ni...

A.I said...

adoiii..azabnya rasa. ngan air bersih takde. lps ni nk mengemas pulak. Ya Allah, kau ringankanlah beban mangsa2 banjir tu..isk..kesian la..

-kak, kt rawang ni tgh panas membahang. ptg/mlm kang musti hujan lebat ni..

ieda said...

AI...hujan malam yg best tu...hehehe
kat kg tu sib baik rumah akak air tak masuk...mmg seksa la kalau nak ngemas balik.