SENANG CARI

24 November 2010

ADAKAH ANDA BERPANTANG?

salam...
masih berkaitan demam campak.ada banyak pantang larang & petua berkaitan demam ni.ada yg saya ikut.ada jugak yg saya abaikan saja.
kalau bab pantang larang ni dulu masa arwah bapa saya ada saya mmg selalu bertelagah dgn dia...bertelagah pendapat sajalah.takla sampai bertengkar.
bg org Kedah segala jenis demam berbiji ni disebut demam campak.ada yg sampai tak berani nak sebut takut terjadi kat anak.bila anak demam ja depa cakap gini..."demam panas sgt..bukan apa dr..takut naik yg tu saja"...faham la saya.

chicken pox sebenarnya cuma jangkitan virus iaitu varicella zooster.sebab tu kalau dah kena sekali takkan berulang kecuali orang tu berada dalam kelompok yg tiada daya tahan penyakit (tak membentuk antibodi dgn sempurna eg pengidap AIDS,pesakit kanser yg teruk dll).golongan ini juga terdedah kepada komplikasi2 lain.
measle atau campak kecik/sekam (kata org kedah) disebabkan oleh paramyxovirus.
rubella @ german measle disebabkan oleh rubella virus.
rashes bg measle dgn rubella hampir sama.cuma rubella cepat reda.biasanya hilang dalam masa 2,3 hari ja.measle akan reda dalam masa seminggu.

untuk ke tiga2 jangkitan ni mmg ada vaksin.budak2 mmg dah dibagi suntikan MMR (measle,mumps,rubella) masa umur setahun.utk chicken pox tak wajib lagi.sapa2 yg nak ambil boleh ambil sendiri kat mana2 klinik berdekatan.bukan semua klinik simpan vaksin ni.

ok...kembali ke pantang larang & petua...
pantang larang..
1. jangan bg kena hujan masa demam campak..nanti berbuah(maknanya parut jadi besar & tebal)......taklah percaya sgt.tp elakkan juga.tak berani nak testing kot2 betoi2 terjadi.kesian kat anak.tapi saya percaya bahawa parut besar/tebal ni @ keloid adalah tindakbalas semulajadi badan org tu.

2. jangan makan kicap nanti parut jadi hitam.ni pun tak mau try.bayangkan nabila yg putih tu ada bintik2 hitam...siannnyaaaa....

3. jangan makan benda gatal....mmg percayalah.

4. jangan makan ubat klinik nanti campak tak keluar habis....mmg tak percaya & tak ikut.saya bg ubat ikut keperluan cthnya bg ubat demam,gatal,vitamin & ubat sapu.kdg2 saya bg antiviral.alhamdulillah takdak masalah.

petua..
1. bg makan sup ayam @ minum air nyior (nyoq) bg cepat keluar..saya tak faham mcm mana mekanismanya tp bila bg minum mmg cepat ja keluar biji2 tu.

2. bg mandi dgn air daun apa ntah bg cepat lega....hehe..cemana nak buat?
nama daun pun tak tau.

3. bg mandi dgn air daun kangkung (rendam kangkung) sb tak mau bg berjangkit kat org lain.yg ni saya tak buat sb semua dah kena kecuali along.nurul tak kena measle lg tp takpa.kalau kena pun measle cepat lega.

4. org dulu2 ambil ubat kat bomoh.kemudian bila dah sembuh semua kena berbedak sebab takmau bg berulang.mmg saya tak ikut petua ni.

ada lagi tak pantang larang @ petua2 lain???jom share.

5 comments:

SURIA AMANDA said...

jangan dekat dengan orang tgh menggoreng di dapur..takut cecair tu meletup2..entah betul ntah tak..tapi itu yang lisa dengar la..

Azma said...

hihi..saya pun mcm ieda..x berapa nak ikut petua org tua. Yg paling x ikut pasal makan ubat tu.. siap ambik ubat supaya tak kluar banyak2/besar2 takut parut teruk sangat. Maklumla..masa kena tu pun dah tua.. :D

DrSinga said...

patient pelik bila saya kata'tak payah pantang-pantang' !!!

ieda said...

lisa...
cuba bayangkan benda tu betul2 terjadi..hehe

azma..
better ambik ubat.lebih selesa.

DRS..
agak2 pt tu ikut tak nasihat U?

armouris said...

info tentang demam campak di SIHAT SELALU - Demam Campak Berjangkit