15 September 2010

SYAWAL 2010 Part 1

salam..
hari ni adalah hari ke 6 Syawal.bagi yang menjalani ibadah puasa 6 hari ni hari ke 5 berpuasa.esok hari terakhir & lusa adalah hari raya puasa 6...(panggilan org sini).
Syawal 2010 bg keluarga saya tidak semeriah tahun2 sebelum ini kerana en hbby buat pertama kali beraya tanpa abahnya (meninggal April lepas....) manakala saya pula pertama kali beraya dalam keadaan bapa yang sgt uzur.biasanya setiap syawal bapa saya adalah org yg paling gembira...melihat anak cucu & budak2 datang beraya.senyuman sentiasa di wajahnya.tapi tahun ini kedatangan anak cucu & sanak saudara disambutnya dengan airmata.mungkin pilu kerana tidak punya daya seperti dulu.percakapannya juga sukar difahami.agak sukar berkomunikasi dengannya sedangkan dia adalah seorg yg suka bercerita.
semoga Allah memberikan yang terbaik buat bapa saya.

Bagaimanapun demi anak2 syawal perlu diraikan.persiapan ala kadar utk mereka seperti tahun2 sebelumnya.cuma tahun ni agak berbeza sb nabila dah cerdik & lebih memahami.pagi syawal bermula dgn solat sunat aidilfitri.hanya en hbby,ibunya & along yg pergi.nabila bangun tanpa dikejutkan...macam tau2 saja hari raya.mandi pun senang...sekali suruh ja.biasanya jenuh berkejar sebelum masuk bilik mandi.solat aidilfitri agak panjang kali ni sb diadakan majlis tahlil.hampir jam 11 baru selesai.tahun ni aturannya berbeza.anak2 tak dibenarkan keluar berjalan waktu pagi sb perlu ke kubur.kalau dah keluar berjalan sampai tengahari belum tentu balik rumah.acara wajib pagi raya...ambil gambar family.kali ni dgn MIL sekali.

kemudian kami ke rumah parents saya di line depan.lepas salam2 & sembang sekejap terus bergerak ke kubur arwah abah.sampai kubur dah dekat pk 12 tghari.mujur banyak pokok.takla panas sgt.MIL ditinggalkan dirumah adiknya dekat area tu juga.then berpatah balik ke kubur arwah ibu nurul & aiman.kat sini agak panas sb pokok banyak yg dibuang.even pokok kat kubur arwah pun dicantas rapat ke tanah.frust tengok sb pokok melur tu mmg cantik merendang.kubur arwah diletak bersekali dgn arwah bapanya.
selesai berziarah tanah perkuburan kami ke rumah arwah abah...ada ibu tiri hbby & adiknya yg sebaya nurul di sini.suramnya terasa beraya tanpa abah yg biasanya suka mengusik nabila.makcik pun tak ceria mcm dulu lg.

lepas makan kami ke rumah bekas kakak ipar en hbby (kakak arwah).mmg acara wajib setiap tahun kami akan ke sini sebab ada nasi tomato.lepak kat sini sampai pk 3.30pm then ke rumah auntie hbby ambil maknya.beraya sekejap kat sini.auntie hbby yg ni pandai buat serunding ikan bilis & udang...mmg terbaik.along pulun sakan walaupun dah kena nasi kat rumah mak tehnya.sekejap saja di situ kami terus bergerak balik.hantar MIL ke rumahnya dan kami terus ke rumah.sampai sekejap saja terus ada tetamu...family friend.kawan hbby di zaman susah senangnya.sejarah sungguh tahun ni....saya hampir terlelap masa bersembang dgn mereka...adoiii!!!...lepas tetamu ni balik saya dah takleh tahan...terus landing.yg bagusnya hbby pun lena jg.budak datang beraya pun dilayan oleh nurul saja...siap ambik duit tabung dia bg kat budak2 tu...tp umie ganti balikla kan..

petang & malam mmg kami kat rumah saja.nabila pun tidur awal.pk 10 lbh keluar sekejap ke rumah MIL (5 min jer dr rumah).sembang sat then hbby ajak cari nasi...kat mana lagi...nasi kandar jelah yg ada.hbby lepas dendam makan nasi kandar....

few pics on 1st syawal.
acara salam2 kat rumah
nabila pun pandai salam sambil melutut.
my father yg sentiasa menangis bila en hbby datang
jenuh juga meneka apa yg nabila nak...
rupanya nak letak kepala kat bahu tok wan macam abah buat masa salam..
wrong site pun takpe janji boleh letak.
di pusara arwah abah
 
 aiman @ along cuci batu nesan arwah tokwan (atas)
arwah ibu (bawah)
& arwah tokwan sebelah ibu (bawah sekali)
 nabila pun nak doa kat arwah ibu
 lepak kat rumah kakak ipar en hbby...kain nabila dah lesap.
tak lepas dgn buai tu....tolong buai cucu mak teh


5 comments:

Pnut said...

uhuhu kami tak banyak gambaq raya ponnnn tukang ambik gambo saya je... kalau saya tak amek tak dak la gambaq raya...

Jiey^Mien said...

Bijaknya Nabila ni..
=)

ieda said...

sian pnut...kena train abang plk ni utk ambik gambaq.

jiey..dia tiru ja apa org buat.

Unknown said...

sedondon anak beranak..

sayu baca n3... nabila mcm dah biasa p kubur.. anak2 kakyong tak penah bawa p kubur.. sbb kubur atok jauh..

SURIA AMANDA said...

wah..seronoknya sedondon..x sabar rasanya nak beraya bertiga plak..dapat baby girl pun ok kan..tp xde rezki lagi la akak..Lisa puasa penuh tahun nih..x pi check pun ..takut frust..sampai sekarang still x piyed..perlu ke Lisa pi check?