08 September 2010

NAK RAYA DAHHHH....

salam...
ada khabar mengatakan esok raya...betoi ka???kalau raya esok abislaaaa.......baju raya kat rumah tukang jahit lg.dia kata esok baru siap..minta2 raya lusa.dah la last year baju raya sedondon siap raya ke 2,takkan tahun ni nak ulang sejarah lagi???....ish...bukan apa.kesian kat anak2...heh..
sebenarnya nak cerita yg pagi tadi saya dah keluar pergi beli daging dgn ayam & daun palas nak buat ketupat pulut.seboleh2nya mmg saya cuba utk beli 2 hari sebelum raya sebab kalau esok mmg pasar tu sesak teramat.tak dayalah nak bertolak2 utk beli daging sekilo tu.kat tempat jual ayam lagi best.berebut2 macam mangsa banjir pakistan dapat makanan...saya pun terpaksa jglah kalau tak mana nak dapat ayam...(dulu2 saya pergi sehari sebelum raya).sebenarnya kat tepi jalan pun ada org jual tapi macam tak best beli kat situ.nak juga beli kat market.

saya tak plan lgpun nak masak apa.beli ja dulu.mungkin buat rendang daging.ayam buat lauk ja sebab kakak saya tempah serunding ayam...tumpang jelah kannn...pastu dia nak buat gulai daging makan dgn ketupat palas.dah rumah pun dekat2 takkan nak buat resepi sama.apa pun bergantung kpd tahap kerajinan sebab hari raya mmg saya sekeluarga tak lekat kat rumah.merayau rumah sedara & kawan2.bab lauk ni tak risau sgt.yang susah hati bab ketupat palas tu...nak tempah pun tukang buat tu dah tak sihat.yang sorang lagi balik kg dia....macam nak kena buat sendiri ja ni...huhuhu...dah la tak expert.macam mana nak expert benda buat setahun dua kali...tu pun last year tak buat langsung..tempah jer.adoi...minta2 jadi eloklah..

lapaq ketupat la pulak...
pernah tengok daun ni?
ni lah daun palas.saya suka buka daun ni...macam main masak2 masa kecik2 dulu.bab nak membalut tu yg leceh sikit.tapi bila dah jadi ketupat sedaaaapppp ja makan.

pic from google
pernah tengok pokok palas???

4 comments:

ME said...

Ieda .. jgn la raya esok .. mau kitaorg sampai pagi raya hu3.
Bak sini akak tlg buat..mmg fav membalut ketupat ni .. dok dgn tok & mak boleh leka membalutnya. Now dah turunkan ilmu kat my daug.. seumur hidup sekali jer beli time raya haji taun lps sbb tak cuti langsung.. tu pun 20 biji jer .. ketupat kat umah kitaorg selalunya by lunch dah selesai .. coz masing2 mmg minat

ieda said...

me...
laaa....yer ker suka balut ketupat....takpa..raya haji saya tempah kat kak.tapi cuti la awai sikit.

Unknown said...

Selamat Hari Raya kak...he..he..keluarga saya pun suka mkn ketupat tu..Tiap-tiap tahun buat..Tapi saya tak padai-pandai buat....

yeopman said...

boleh ajar camana nak buat ketupat palas... start dari cara menganyam sampai sedia untuk dimakan..

tq