23 September 2010

BILA HATI TELAH RETAK..

salam..
kes penceraian Badrul Muhayat mendapat liputan agak meluas di akhbar tempatan.baru2 ni ada cerita ttg lelaki ini yang menendang isterinya keluar dari kereta setelah bertengkar kerana si isteri menuntut cerai.hari ini dalam Harian Metro melaporkan bahawa pasangan ini telah bercerai talak 1.semestinya isteri berasa lega setelah begitu lama menanggung derita dalam rumah tangga.semoga dia bahagia bersama anak2nya.

itu kisah keganasan rumahtangga.bagaimana dgn kisah poligami tanpa izin isteri terdahulu?saya sering bertemu wanita yang bermasalah rumahtangga seperti ini.mungkin sb saya juga perempuan maka mereka mudah untuk bercerita meluahkan perasaan.saya hanya mendengar & kemudian memberi sedikit pandangan.bukan kerana saya expert tetapi sekadar berkongsi pendapat.bila dapat meluahkan perasaan mereka akan berasa lebih tenang.

saya yakin ramai yang di luar sana bahagia dgn kehidupan berpoligami mereka.namun ada juga yang menderita dengan perubahan sikap suami.saya semestinya kerap berjumpa golongan ke dua ini.kebiasaannya masalah mereka adalah suami berubah menjadi tidak adil,melepaskan tanggungjawab teruitamanya terhadap anak2 dan berubah sikap menjadi lebih garang.
satu aspek lagi ialah apabila suami berkahwin baru tanpa memberitahu isteri pertama.bila rahsia terbongkar,keluarga menjadi porak peranda.maklum saja...siapa dalam dunia ini tidak marah @ sakit hati bila dibohongi terutama sekali oleh orang yang disayangi.sedangkan bila anak2 berbohong pun kita kecewa apatah lagi bila suami berbuat perkara serupa.hilang semua rasa kepercayaan yang diberi selama ini kepada si suami.suasana rumahtangga menjadi tegang.nak tengok muka pun tak seronok.dan yang pasti anak2 turut terasa bahangnya.
persoalan saya...kenapa lelaki perlu berahsia bila ingin beristeri baru (bukan muda sb ada isteri ke 2 lebih berusia drp yg pertama)...?
* takut tak dapat kebenaran isteri pertama?
* tak mahu hati isteri pertama terluka?....kononnya.....
* takut tentangan keluarga?
* hakikatnya diri sendiri tidak mampu utk berpoligami?
atau ada sebab2 lain yg saya sendiri tak terfikirkan...
hakikatnya....lebih baik berterus terang sebelum berpoligami.penolakan/tidak mendapat kebenaran adalah sesuatu yang normal tetapi ia jauh lebih baik drp membohongi isteri & keluarga.andai benar2 ikhlas pasti Allah memberi jalan.

kenapa saya bangkitkan isu ini?...sebab pagi2 lagi saya didatangi seorang wanita dengan masalah ini & saya simpati dgn apa yang dialami.bukan menyalahkan suami kerana berkahwin lain tetapi dia melakukan tindakan yang tidak betul bila tidak memberitahu hasrat berpoligami terlebih dahulu.bila rahsia terbongkar,hilanglah kepercayaan isteri selama ini.saya yakin sepanjang merahsiakan perkahwinan ke 2 itu suami tersebut tidak tenteram kehidupannya.dan sekarang hidup menjadi lebih tidak keruan.

maka kepada semua lelaki yang berhajat...lakukan dengan cara yang betul...jadilah lelaki yang berani & bertanggungjawab...untuk yang beragama Islam ingatlah bahawa apa yang dilakukan di dunia ini akan dipersoalkan semula di akhirat nanti.


5 comments:

Bee said...

Betul2. .ntah pape je lelaki yg tak mampu pikul tanggungjawab tapi nak bekahwin 2 ni. .

Unknown said...

betul kak ieda..bila hati telah retak..bila cinta telah dikhianati..bila diri diperlakukan ibarat hamba abdi...saya lbh rela hidup sendiri...jiwa lebih tenang...

Wan Anie said...

mungkin isteri tidak kisah dimadu jika suami boleh bersikap adil dan memang suami mampu utk berbuat begitu....

ieda said...

yang penting berterus terang dulu...be gentleman.

melur said...

Tepat sekali ieda jelita