22 August 2010

ROJAK SINGKIR

salam..
back to work..plan hari sabtu...ada yg menjadi & ada yg tak menjadi.
yg menjadi adalah potong rambut & masak utk berbuka.lawatan ke rumah baby baru tu tak menjadi sebab ada aktiviti lain.

sebelum cerita sabtu kita cerita ttg hari jumaat malam sabtu dulu.
jumaat berbuka kat rumah saja...malamnya hbby ajak kawan2nya makan rojak singkir...2nd visit utk hbby.last week dah pi dgn kawan2 motor..kali ni kawan2 kereta plk.elok lepas berbuka ja hujan turun..rasa mcm nak cancel tp hbby suruh tengok dulu..alhamdulillah lepas isyak hujan berhenti.makanya 3 family ini dapatlah bersantai di gerai rojak.dekat ja dgn rumah saya.kami tiba mmg peak hours..(lepas tarawikh)...kereta berderet kat tepi jalan..meriah.macam ada kenduri.meja pun full..takleh lepak2...makan then kena balik sb ramai tunggu giliran nak duduk.
jom layan gambar.

kiri kanan jalan penuh...macam kenduri.
tempat masak/bayar
potong buah kat sini ja..
bakul rotan tu tempat dia isi buah sebelum dipotong.
dari depan...simple sesangat
tengok kat belakang tu...padat
org tunggu giliran nak duduk...
mesti berangin tengok kami sembang macam takmau balik...hahaha
koay teow sup
bihun sup..
char koay teow...dah habis baru teringat nak snap..
menu utama.....mmg the best...
meeting sebelum bersurai...bincang agenda hari sabtu
(nabila suka sgt didukung dek uncle faizal tu..sampai takmo lepas)

kos makan utk 3 family ni ialah rm45..lupa nak tanya harga per plate tp saya agak2 macam ni...rojak rm1 - rm1.50,bihun/koay teow sup rm3.00 & char koay teow rm3.50 (aggaran berdasarkan jumlah yg dimakan dgn kos kena bayar tu...termasuk minum).

kedai ni buka sepanjang bulan puasa saja...dari buka puasa sampai subuh (habis sahur).lagi 11 bulan tak buka...tak pasti plk tokey ni buat apa dlm 11 bulan tu.
sesiapa kat utara ni jangan lupa mai makan rojak singkir..(org kedah kata singkiaq)....
rugi kalau tak rasa.
(sup2 dia pun ok juga).

5 comments:

Kauthar said...

kat mana ni kak ieda..bestnyaa nampak! rojak tu uihh kuah banyak..sup pun nampak sedappp

ieda said...

kauthar..
kat singkir.kalau dari merbok..otw ke tg dawai tp kena masuk simpang..kedai ni kat kampung.

Pnut said...

bawak kami pi boleh??? eheheh tak tau pasai gerai ni...

ieda said...

pnut..
boleh ja.balik nti bgtau.

romi said...

rojak mat kamil simpang 3