24 August 2010

JUMPA KAWAN BLOGGER

salam..
dalam masa setahun berblogging ni saya baru berpeluang berjumpa 2 org blogger.first ialah PNUT & yg ke dua ialah KAUTHAR.dulu jumpa pnut sb pnut nak bg cupcakes.....sedap ooo...thanx again.malam td jumpa kauthar sb nak bagi cheese tart yg kauthar order drp saya.sedap tak?confirm sedap kan?

sepatutnya keluar lepas isyak & terus jumpa kauthar then baru ke kulim utk urusan en hbby.tapi plan berubah sebab kawan en hbby tu nak keluar pukul 10pm.maka terpaksalah kami berkejar lebih awal.lepas maghrib terus keluar.pergi kulim dulu settlekan kerja en hbby.lepas tu baru ke kubang semang jumpa kauthar.nabila tidur sepanjang jalan dari SP.sampai kubang semang baru terjaga....laloq jer.
actually saya sekeluarga mmg dah selalu ke kawasan kbg semang ni sb ada kawan kat situ.malam td pun dia datang jengah sekejap...sempat juga bawa balik nabila ke rumahnya.tp dia takleh sambung sembang sb ada kawan lain plk dok tunggu nak jumpa.so kami lepaklah kat restoran cikgu ni dgn family kauthar...(signboard restoran ni kecik jer...awal2 tu tak perasan pun).first time jumpa tp rasa mcm dah kenal lama.kauthar & suaminya mmg peramah.si kecik atif tu lagilah pot pet....syok sembang dgn dia.tanyalah apa pun semua dia jawab....keletah sungguh.the best part was bila dia cakap...

atif : mama...atif nak tawen.
saya: bila?
atif : esok
saya : dengan sapa?
atif : ....... ada nama girl dia sebut..lupa plk saya nama tu
mama : sapa tu?
atif : girlfriend atif
saya : baju kawen dah buat?
atif : dah
saya : warna apa?
atif : tuning (kuning)
saya : pelamin dah siap?
atif : dah
saya : pelamin warna apa?
atif : tuning

hehehehe....yg bestnya dia senyum ja sepanjang sembang tu..amboi..tak padan dgn kecik dah nak kawen nooo...tapi bila kena cium dgn nabila, malu plk atif.nabila mmg tak malu...suka cium2 org ni.
harap2 masa kecik ni sajalah kannnn....
seronok sembang...sampai pk 12 tgh malam baru bergerak balik.tapi tak terus ke rumah.en hbby dah teringin nasi kandar so kami ke kedai bawah pokok...(exact location tak pasti tp area bagan).nabila yg mengantuk2 tu boleh plk makan nasi.banyak plk tu.dok suap dia makan sampai pk 1.30 pg baru settle.kira sahur teruslah ni.sampai rumah pk 2 am+.
di kulim...sedapnya tidoq..
family kauthar...nabila mmg suka nempek kat org.
khusyuk tgk video kat handphone...
lenguh kauthar??
bakal pengantin yang keletah..
kedai bawah pokok
tak cukup tau nasi tu...nabila tambah lagi.
simple kan?..tapi nasi dia mmg power..
makan sudah...duit raya pun dah dapat...happylah budak kecik ni..

terimakasih kauthar sb bg duit raya awal kat nabila.
insyaAllah raya nanti kita jumpa lagi.....nak tengok 'pengantin baru'...hehehe

5 comments:

Kauthar said...

salam kak ieda..wahh..tak sempat lagi saya nak update pasal pertemuan kita semalam..huhuhuu..
bestnya, sahur kat kedai bawah pokok :D teringat pulak kat nabila..tak puas rasanya bersembang semalam..nanti raya kita jumpa lagi naaa

p/s: nama pengantin perempuan tu 'auni'..hihihi

Kauthar said...

ehhh..lupa nak bagitau..tart tu sedap..kecik comel, sekali makan je..senang!

Ain said...

bestkan bila dapat jumpa dan bertentang mata....

so far ain dah jumpa dengan 4 orang geng blogger, kenangan paling manis bila kenal kat alam maya tup tup dia jadi jiran sebelah rumah pulak...

alahaii, kecik betul dunia ni kan...

Jiey^Mien said...

Jelesnya tengok Nabila makan nasik banyak..
Patut la tembam..
Bila la turn Ian nak naik berat neh..

ieda said...

kauthar..
auni..hehehe...boleh terlupa langsung..raya insyaAllah jumpa lg.kena make sure nabila tak mengantuk masa tu.

ain..
sib baik tak berbesan...hahaha

jiey..
mmg kuat makan budak nabila ni...sikit2 'aka' (makan).takpe jiey..asalkan ian sihat.tak tembam pun still comel.