SENANG CARI

05 July 2010

APA ADA PADA NAMA..

salam..
pagi tadi tgh driving dengarlah radio SINAR..saya suka SINAR sb lagu2nya tak 'kalut'...topik pg ni ialah ttg cerita di sebalik nama.
saya tertarik dgn kisah seorang pemanggil ni.dia pernah kerja kat hospital..tak pasti jawatan apa..dua kisah nama dari tempat kerja dia dulu..

1..   bhg pendaftaran.
 nama pesakit...SUIS BIN SETAT
 penyakit...RENJATAN ELEKTRIK


2..   kat klinik ibu hamil.patient tgh tunggu ramai kat ruang menunggu.
then sorang nurse keluar dr bilik doktor &  cakap.."ASSALAMUALAIKUM"..semua jawab  "waalaikumsalam"...
nurse tu cakap lagi.."assalamualaikum"..
semua org jawablah lg salam tu..
then barulah nurse tu cakap...
"bukan2..ni PUAN ASSALAMUALAIKUM"..barulah ada sorg ibu bangun berjalan ke bilik doktor..
Drag and drop me
Drag and drop meDrag and drop me

tergelak saya sorg2 dlm keta..dahla kat traffic lite..mesti org ingat saya mereng..unless dia pun tgh dengar SINAR FM...hahaha

so nak bagi nama tu ingat2lah...


8 comments:

Kauthar said...

dengar jugak sekejap tadi SINAR..tp tk dengar pulak yang part ni..saya pun bila trglk sorang2 dlm kereta, tgk jgk kiri kanan..kang org ingt tk btul pulak!

cheqna said...

salam..
hahahaha saya plak yang tergelak2 nih..hilang tensen jap...
salam ziarah =)

shaliza said...

iyalah,nak kasi nama tu ingat2la..kesian kpd yang bawa nama tu.
perkara biasa tu kak ieda kalau dlm kete dok gelak2,saya pun selalu buat.

Rizziela said...

masih ada lagi ker nama2 mcm tu?

Pnut said...

Ieda-saya pun dengar..
yg saya paling ingat
nama Mohd Ambulan-sebab dia beranak dalam ambulan..
pastu Jejaka Idaman, sebab emak dia minat raja ema

hahaha kalako

ieda said...

kauthar..saya pun kebetulan tgh drive..

cheqna..gelak di pagi senin..hehehe

shaliza..
tu la kan..mak bapa ni ingat2 sama.

rizziela..
org2 ni ada lg kot..sian kan..

pnut..
mohd ambulan tu dengar jg..tp jejaka idaman tu tak sempat..dah sampai rumah...harapnya jejaka idaman tu mmg rupa menawan la kan..

SURIA AMANDA said...

macam2 la..tapi orang dulu2 apa dia kisah pasal nama2 ni..orang zaman sekarang jer letak nama anak canggih2..kalau boleh nak panjang2 pas tu panggil seketui jer...

ieda said...

lisa..
contoh nama kawan saya..
wan ahmad mahzatul ariffin bin wan ahmad...campur nama mak bapak..
tiap kali isi borang exam dia angkat tangan tanya cikgu sb kotak tak cukup...hihi
nama panggilan WAMA..