ibu tersayang..
yang ku panggil mak
telah berkorban segalanya buat kami
memang mak garang
memang mak suka berleter
tapi mak bukan marah tidak bertempat
mak tidak ke sekolah
tapi mak bangga bila kami berjaya
mak tak pandai ajar kami ABC
tapi mak ajar kami ALIF BA TA
mak tak tahu resepi
tapi masakan mak sedap sentiasa
mak...
kini banyak yang berubah
mak lupa banyak perkara
kadang-kadang mak lupa kami siapa
mak banyak berkata-kata
tapi ia bukan lagi satu cerita
ada ketika mak ketawa
kebanyakan masa mak tidak ceria
bukan kerana kami mengabaikan mak
tapi mak resah kerana badan yang lemah
mak...
kami rindu cerita mak
kami rindu masakan mak
tapi
itu semua tidak akan ada lagi
tidak mengapa mak
kami tidak terkilan
kami cuma ingin
di penghujung usia ini
melihat mak bahagia
semoga
di sebalik ingatan mak yang semakin berkurangan
mak tidak akan lupa
bahawa kami
amat menyayangimu...
No comments:
Post a Comment