30 May 2010

dada yang berasap..

salam..
di bawah adalah petikan yg saya ambil drp Utusan Online ruangan kesihatan..

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAHadawiyah.koh@utusan.com.my


MOHD YUSUF, 59 mula merokok sejak berumur 14 tahun. Dua tahun lalu, enam hari terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya ternyata mengubah kehidupannya. Akibat penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) kerana tabiat merokok, Mohd Yusuf menjalani kehidupan yang sukar.


Sejak remaja, purata rokok yang dihisap sehari ialah 15 batang. Ketika hanya keseronokan yang dirasainya. Sepanjang itu, pernah juga dia merasa sakit dada dan batuk tetapi Mohd Yusuf menganggapnya sakit biasa. Tak pernah kenal apa itu COPD, Mohd Yusuf seronok merokok. 19 hari berada di wad hospital tanpa rokok memberi galakan kepada dirinya untuk berhenti merokok. Walaupun sebelum ini harga rokok pernah ditingkatkan dan larangan anti merokok diperluaskan, Mohd Yusuf tidak pernah mahu berhenti merokok. Malah, hidupnya dirasakan tidak sempurna tanpa rokok. Itu kisah sepanjang 40 tahun dia merokok. Namun, ketika disahkan COPD, dia mula sedar tatkala mengenangkan nasib isteri dan sembilan orang anaknya. Nasihatnya kepada perokok lain, kesedaran datang dari dalam diri sendiri jika hendak berhenti merokok. Kepada remaja sama ada lelaki atau wanita, sebaiknya jangan cuba merokok. Apabila sudah gian, sukar untuk menghentikan tabiat ini. ....


......Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr. Zarihah Mohd Zain, walaupun data terkini menunjukkan perokok lelaki menurun tetapi perokok wanita meningkat. Ia juga berlaku di kalangan perokok bawah umur. Data menunjukkan peningkatan perokok wanita bawah umur pada tahun 2003 ialah 4.2 peratus dan ia telah meningkat pada tahun lalu. Sebaliknya, jumlah perokok lelaki bawah umur sebanyak 36.3 peratus telah menurun pada tahun lepas.

Laporan baru-baru ini menunjukkan terdapat tiga juta perokok di Malaysia dengan 0.2 juta daripadanya di bawah umur.

boleh baca laporan penuh di Utusan Online.

secara peribadi..saya mmg tak suka asap rokok.rimas & menyesakkan dada.dengan mengetahui ada berbagai racun kat dalam asap tu lagilah bertambah tak suka.

kenapa budak2 sekarang ramai merokok..pada saya semuanya bermula dgn ingin mencuba & pengaruh rakan.bila bapa sendiri juga merokok lagilah susah nak tegah..betul tak?

pernah tengok org yg mengidap COPD?..kalau pergi ke medical ward,ada warga emas yg guna oksigen (tiub kat hidung tu)..duduk bersandar kat katil,nampak susah bernafas...itulah COPD...kanser paru2 pun boleh nampak mcm tu tp biasanya kes kanser keadaan pesakit lebih teruk.sgt frustrating bila dapat kes COPD sb tak boleh nak rawat sepenuhnya.sedih sgt bila tgk mereka susah bernafas.

yang dah merokok..berhentilah.langsung tak ada faedahnya.
yang belum merokok..tak payahlah nak cuba.tak seronok mana pun.

saya mengenali beberapa org perokok tegar yg berjaya berhenti tanpa bantuan sebarang ubatan.semuanya kerana niat & tekad.
'HENDAK SERIBU DAYA,TAK HENDAK SERIBU DALIH'

***premium insuran pun lebih tinggi bg perokok***

**gambar dari google**

No comments: