25 August 2009

ANAK DERHAKA!!!!

Baca Metro hari ni? sangat menyakitkan hati...di bulan ramadhan yang mulia ini seorang anak lelaki sanggup memukul ibunya sehingga patah tangan... kerana kesalahannya sendiri..mencuri barang kemas ibunya. sungguh kejam lelaki ini.. lupakah dia semasa kecilnya tangan itulah yang
  • memeluk tubuhnya tika kesejukan
  • menyuapkan makanan ke mulutnya tika kelaparan
  • membelainya ketika dia menangis tanpa sebab
  • menghayun buaiannya
  • memberinya ubat ketika dia sakit
  • membasuh semua pakaiannya
  • memasak makanan untuk mengisi perutnya
  • melakukan segalanya untuk anak lelaki kesayangan..

memang lelaki ini menderhakai ibunya..semoga dia segera insaf dan bertaubat,selagi hayat ibunya masih ada.hidup kita tidak ke mana.semua menuju ke satu tempat yang sama.kenapa lelaki ini perlu lari setelah memukul ibunya?kenapa perlu takut kepada polis tetapi tidak takutkan hukuman Allah?

semoga anak-anak kita tidak termasuk dalam golongan lelaki ini.semoga anak-anak kita sentiasa dilindungi Allah dari perkara yang tidak elok.semoga anak-anak kita menjadi hambaNya yang bertaqwa..amin..

dan kita sebagai isteri,jadilah menantu yang baik agar suami kita tidak termasuk dalam golongan anak derhaka hanya kerana melebihkan isterinya.. i luv u mom... nothing can ever replace it

****ingatan untuk diri sendiri jua****

3 comments:

Yasmin Nabilah.. said...

adoi..kureng asam betul..hampeh..penat2 je bela.ni balasannya..huhu!

ME said...

Akhir zaman ni mcm2 berlaku .. nauzubillahiminzaalik

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam...mintak simpang dengan aLLAH...BUKAN DENGAN MALAIKAT.....