07 November 2011

BICARA ORANG KERJA

salam aidil adha...
Semestinya masih ramai yang bercuti....dan semestinya juga ramai yang menjalani ibadah korban.semoga semuanya mendapat pahala dari Allah.
saya dah mula kerja hari ni sebab nak gantikan cuti kepada Jumaat nanti.sunyi ja hari ni.pagi2 tadi hujan renyai2...hujan yang berlarutan sebenarnya dari malam tadi.
dengan sejuk & mood cuti,memang dah 50-50 utk melangkah ke tempat kerja.kalau makan gaji mmg dah EL.tapi tak palah....'berkorban'.

harap2 petang nanti cuaca makin ceria & klinik lebih meriah.
ramai orang buat kenduri minggu ni...berderet.tiap2 hari ada majlis.bina badan la nampaknya.

update budak kecik.....start selsema & batuk dari hari Sabtu.moga janganla melarat hendaknya.weekend ni nak membizi dgn kenduri plk lagi.kesian dia kalau tak sihat.


04 November 2011

SEMOGA SELAMAT SEMUANYA

salam...
menjelang Aidil Adha.
mesti jalanraya makin sibuk sekarang terutamanya yg menghala keluar dari KL.
kami di sini...biasa2 saja.tak terasa sangat suasana raya tu.cuma looking forward utk cuti.saya hanya bercuti pada hari Ahad.campur dgn weekend Sabtu maka jadilah 2 hari.cuti hari Isnin tu carry forward ke Jumaat sebab ada kenduri yg wajib dikendalikan.so dua2 weekend ni saya cuti 2 hari.oklah jugak kan.mulanya plan nak cuti direct ja seminggu tapi mengenangkan banyak duit nak guna bulan 12 nanti maka terpaksalah berkorban sikit.

tadi dapat mesej dari pihak pengurusan Badal Haji bahawa urusan Badal Haji untuk arwah ibubapa saya sedang berjalan......alhamdulillah.moga Allah memudahkan segala urusan mereka & dapat menyempurnakan urusan Badal Haji itu dengan selamat.Moga semua pahala dari urusan itu sampai kepada ibubapa saya di SANA....amin.


02 November 2011

KETAGIHAN MELAMPAU

salam.

saya sudah ketagihan...ooopppssss...
bukan kepada bahan terlarang ok..
sekali sekala saya menjelajah u-tube.kelmarin saya terjumpa satu siri yang menepati kriteria siri2 kegemaran saya.banyak plk episod ceritanya.maka seharian saya mengadap...habis kerja terbengkalai.
hari ni sambung lagi....

nak join ketagihan saya???
sila cari siri ini..

"I SHOULDN'T BE ALIVE"

caption dari salah satu episod yg best
****addicted weiii....

01 November 2011

DAMAILAH KAMU DI SANA

salam.

hari ni 1.11.11....
semalam @ kemarin 30.10.11......genap setahun pemergian arwah bapa kesayangan kami.cepatnya masa bergerak.rasa macam baru ja dia pergi....rindu????...semestinya.
setiap masa teringat.setiap benda yang dilihat pasti ada kaitan dengannya.setiap perkara yang berlaku pasti ada imbasan tentang dirinya.moga arwah tenang di sana.moga amalannya mendapat rahmat dari Allah....dan semoga amalan kami juga memberi pahala untuknya...juga untuk arwah emak.

ALFATIHAH.