Showing posts with label air terjun. Show all posts
Showing posts with label air terjun. Show all posts

26 May 2013

ANTARA AIR TERJUN DAN KENCING TIKUS

salam...
selamat makan kenduri...
lunch break tadi dah selamat ke 2 buah rumah kenduri....alhamdulillah...kenyang.
infact masih kenyang sampai sekarang ni...

cuaca masih panas membahang setiap hari..cuma malam tadi hujan sekejap maka awal pagi tadi agak sejuk...
panas2 macam ni sesekali tu terasa macam nak pergi bercuti mandi manda kat air terjun.berendam lama2 sambil gosip2...hmmm...best.area2 sini yang saya suka ialah Air Terjun Lata Bayu,Baling....memang best sebab ada kolam berperingkat & betul2 redup.kawasan sekitar pun bersih.
gambar yg digoogle..
kepunyaan En Syed Alfandi (senior sekolah saya dulu)
"pinjam...jangan marah nooo"
ini blognya
yang tak bestnya....baca dalam paper tadi ada satu kes kematian terbaru selepas berkunjung ke sini yang dipercayai akibat jangkitan LEPTOSPIROSIS.
dulu kawasan air terjun ni dah ditutup sebab dikesan mengandungi kuman kencing tikus ni.kemudian dibuka semula....sekarang dah ada kes baru....sekali lagi ditutup...lepas ni nak pi berendam pun tak berapa nak yakin dah.ikut berita dalam paper tu,airnya memang tercemar walaupun kawasan sekitar bersih.nampaknya tikus2 yang berada di kawasan itu masih lagi membawa kuman leptospira.

so...nak ke mana kita???.....Tupah?tak best...air tak banyak.kalau hujan lebat air terlebih banyak plk.gerun tengok.ada lintah plk tu....
lepak rumah sajalah kannn....

sedikit tentang Leptospirosis:
* disebabkan oleh jangkitan bakteria spirochaete bernama 'leptospira spp'
* berjangkit kepada manusia melalui air kencing haiwan yang mengandungi kuman ini.
* ia berjangkit bila terdapat sentuhan air tercemar secara terus kepada manusia seperti  
   terminum,terkena kepada mata atau kawasan kulit yang luka.
* pembawa ialah tikus,anjing dan juga haiwan mamalia yg lain.
* tanda2 jangkitan bermula di antara beberapa hari hingga 3 minggu selepas jangkitan 
   kuman.
* antara tanda jangkitan:
                * demam panas
                * menggigil
                * sakit kepala yang kuat & sakit badan
* fasa jangkitan di atas boleh sembuh sepenuhnya atau diikuti dengan fasa jangkitan 
   ke dua di mana pesakit mengalami tanda2 kerosakan hati & buah pinggang.
* jangkitan ini juga boleh menyebabkan keradangan otot & selaput jantung (myocarditis &
   pericarditis) serta keradangan selaput otak (meningitis).
* juga boleh menyebabkan pendarahan paru2.

* ujian makmal ke atas darah & air kencing dapat mengesahkan jangkitan bakteria ini.
* rawatan adalah dengan mengambil antibiotik, steroid utk kes2 pendarahan & dialisis jika 
   terdapat kegagalan buah pinggang.

* pencegahan adalah dengan cara 
           *mengelak kawasan yang diketahui tercemar
           *menjaga kebersihan diri


***ada pesakit saya memberitahu bahawa anaknya didiagnosakan dengan penyakit ini setelah bermain di sawah...alhamdulillah anaknya sembuh setelah dirawat di hospital (dimasukkan ke ICU).


*****

11 April 2010

berkelah kat lata bayu

salam...
hari ni layan gambar jelah....ni cerita kelmarin (10.4.10).berkelah kat Lata Bayu Kuala Ketil...lebih kurang 1/2 hr journey from sg petani.best gak sb dah lama tak beraktiviti dgn kengkawan avanza...
almaklum...tampuk pemerintahan yg baru kt utara ni slow sgt nak beraktiviti yg gempaq..dah masuk april takde apa benda lg pun..setakat nak beriadah lepak2 kita g dekat2 jelah kan...yg dekat pun best gak..

cantikkan...
sibuk nak testing khemah...perak buih..tak penah jumpa...
mula-mula elok ja dgn jeket...
last2 jeket tu kena gigit dgn tuan sendiri..jadilah mcm ni...
nak buat kuak lentang tp tak jadi sb beraaattt...
bapa2 gosip..
sessi kait buat pelam kt rumah parents kawan..
jamu perut lg..kedai zack (kawan hbby) cawangan baling.
dua beradik ke tiga beradik?? luasnya mulut anak aku...
ais krim yg tuan kedai belanja kt budak2 tapi diterkam oleh mak bapak budak..hahaha..patutla waiter2 tu cam pelik ja bila hbby minta tambah aiskrim tu..tp dpt gak laa...
nasib la kannn..dpt kawan mcm kami..
5 family yg join together....lg 4 family tak dpt dtg (satu anak demam..satu anak tuition...2 lg ada kenduri..)