salam sejahtera...
musim tidak menentu sekarang ni.....hujan panas bersilih ganti walau yang lebih kerapnya adalah hujan. jaga kesihatan, jaga keselamatan terutama yg berada di kawasan mudah dinaiki air.
hujan-hujan pun tetap berjalan juga (smile).
kisah awal November (2 dan 3hb).
pejalanan yang tidak dirancang. anak perempuan dapat gaji ke 2. tiba-tiba saja ajak abah berjalan. dia cover bilik dan tol katanya. berserilah muka si abah yang pantang diajak tu. mula-mula bercadang nak ke Hatyai tapi setelah ditimbang tara dan kebetulan pula abahnya ada urusan kerja di Klang, maka kami bergerak ke selatan sahaja. selain daripada urusan kerja, si abah juga sebenarnya, yang lebih utamanya, nak makan roti john Sri Putera. ada di pasar malam Kg Delek Kiri Klang setiap petang Jumaat.
bergerak dari rumah agak awal kerana merancang untuk tiba sebelum jam 6 petang tapi seperti biasalah, berhenti sana-sini akhirnya tiba di Klang menjelang magrib. dalam hujan lebat menghadap jem. silap jalan dan sebagainya. siap redah banjir kilat lagi. mujur tak banyak sangat.
akhirnya tiba juga ke pasar malam sekitar jam 8 malam. tertunailah hajat nak makan roti john idaman hatinya. dapat pula nasi lemak kat gerai berhampiran roti john tu. tak pernah beli sebelum ni. kali ni beli sebab anak dara nak makan nasi. dalam hujan renyai tu malas nak bergerak jauh-jauh dah. beli ja mana yang terjumpa. alhamdulillah, nasi dan lauknya menepati selera. nampaknya lepas ni bila ke pasar malam Kg Delek kiri, bukan roti john saja yang jadi sasaran tapi juga nasi lemak tersebut. lupa pula nama gerainya. next visit kita update.
yang bestnya roti john sri putera ni, boleh simpan untuk makan esoknya juga. simpan kat bilik saja tak payah masuk peti ais (bilik hotel beraircond... kalau bilik suhu biasa kat rumah tak berani jaminlah plk keselamatannya). biasanya kami beli extra dan yang nak simpan tu tak letak timun sebab takut basi.
kepada anda yang ada dekat-dekat dengan Klang tu bolehlah cuba.
lain orang lain citarasanya....sedap pada kami tak semestinya sama sedap pada anda. cuba dulu baru komen.
kata suami roti john ni legend. dah ada sejak zaman dia sekolah rendah dulu lagi. sebab tu dia jadi ketagihan. berubah lokasi semua dia trace dan cari sampai jumpa.
Esoknya, Sabtu 3/11/18, selepas sarapan kami selesaikan urusan penghantaran ikan bilis kepada sahabat en suami dan kemudian terus ke pemborong untuk beli barang keperluan kerjanya.
dalam perjalanan balik singgah sekejap ke bakery Azlina Ina di Meru. tapau juga keknya....hihi. sekadar nak merasa.
kami balik ke utara melalui jalan bawah. rasa lebih selesa berbanding highway. pemandangan menarik. jalan pun dah elok.
singgah sebentar di Farm Ville. cadangnya nak ambil bilik untuk beberapa jam tapi full house la pula. nak masuk ambil gambar pun tak boleh maka kami meneruskan saja perjalanan.
pit stop seterusnya adalah Teluk Intan dan kemudiannya Manjung.