01 March 2018

KEBAHAGIAAN TIKA MEMENUHI UNDANGAN DAN HAJAT

salam sejahtera....

selamat bertemu kembali.

ingin berkongsi pengisian hujung minggu pada penghujung Januari yang lalu.
perjalanan dari Kedah ke Negeri Sembilan dan kemudiannya ke Selangor dan kembali ke Kedah. bermula dari tengahari Khamis dan tiba semula ke rumah sekitar jam 10 malam hari Sabtu.

tujuan utama adalah untuk memenuhi undangan majlis resepsi perkahwinan anakanda sulung Puan Mona Din dan Encik Zul di Shah Alam pada hari Sabtu 27.1.18.

kebetulan pula jiran lama mak mertua baru dapat berhubung semula dan ingin sangat bertemu selepas berpuluh tahun terpisah, maka kami bergerak serentak. Jiran yg dulunya tinggal di Shah Alam telah menetap di Port Dickson. maka ke sanalah hala tuju kami pada hari Khamis tu.

alhamdulillah, perjalanan yang lancar. tiba di PD sekitar jam 8 malam....disambut dengan keramahan tuan rumah. kami bermalam di situ dan esoknya selepas zohor bergerak ke Selangor dengan doa moga ada kesempatan untuk bertemu lagi.

di Shah Alam, mak mertua masih dengan agenda jejak kasih jiran-jiran lamanya. sempat ziarah satu rumah di sebelah malam, satu rumah di pagi Sabtu & satu lagi selepas kenduri (di Klang)....sungguh pertemuan yang menyentuh rasa & mengimbau memori. almaklum, berpuluh tahun terpisah. kita yang tak kenal ni pun tumpang seronok. famous rupanya suami akak masa kecik2 dulu....semua jiran ingat dia. siap simpan gambar2 lama. zaman kurus melidi.
insyaAllah ada kesempatan akan berkunjung lagi. dah ada dua jemputan kenduri pun, bulan Mac di Klang & bulan Julai di Shah Alam.


Untuk jemputan kenduri pada hari Sabtu tersebut, alhamdulillah, dapat tiba ke lokasi sekitar jam 1 tengahari ketika tetamu belum begitu ramai. check out hotel dan terus bergerak ke lokasi majlis.
Majlis sederhana tapi meriah berlangsung di D'Tahta @ I-Soho I-City Shah Alam. Jelas kelihatan kemesraan tuan rumah melayan tetamu & jelas kelihatan juga bagaimana cerianya tetamu dapat bertemu muka dengan tuan rumah.
dewan terhias indah sekali....boleh jengah ke facebook Mona Din untuk lihat keindahan hiasan dewan tersebut serta pakej-pakej yang disediakan....harganya pun sangat berpatutan. untunglah bagi orang-orang yang tinggal di kawasan sekitar kerana anda punyai satu lagi pilihan lokasi majlis yang menawan dengan kos yang tak membebankan.


selepas majlis kenduri tersebut kami bergerak ke Klang menjejaki seorang lagi jiran lama MIL di Taman Andalas. berbekalkan peta mulut dari kawannya, suami nekad mencari. hanya petua ikut lorong/jalan tertentu. kata suami dia pernah datang ke rumah tersebut tapi telah bertahun lamanya.
tersilap pada lorong pertama, bertemu juga pada lorong yang seterusnya. itupun perlu tanya orang...malu bertanya sesat jalan kannn.... alhamdulillah, hanya berselang dua rumah dengan wanita yang memberikan lokasi...
walaupun suami tuan rumah tiada ketika itu kerana ada urusan kerja di tempat lain,bertautlah kembali talian persahabatan yang lama terputus (MIL & suami agak terkeciwa sebab ingin sangat bertemu suami tuan rumah juga). seketika di situ kami memohon berundur diri untuk bergerak balik ke Kedah. esoknya Ahad anak-anak dah mula sekolah maka tak boleh nak berlama-lama di situ.


seperti juga perjalanan pergi, perjalanan pulang dipermudahkan Allah. perjalanan yang lancar dan selesa.
alhamdulillah....selamat tiba di rumah dengan rasa syukur kerana dapat memenuhi undangan insan yang berhajat untuk melihat wajah Nabila, serta syukur dapat menunaikan impian MIL untuk bertemu kawan-kawan lamanya.

cuma Nabila yang agak tidak puas hati dengan percutian tersebut sebab tiada sesi mandi kolam...tak sempat juga nak jelajah I City walau dah berada dalam wilayahnya.


insyaAllah penghujung Mac ini akan cuba memenuhi undangan majlis perkahwinan di Klang pula. moga dilapangkan masa dan kewangan serta diberikan kesihatan yang baik oleh Allah swt.








No comments: