04 September 2016

LIFELINE

salam sejahtera....

hari ke 4 September 2016 menghampiri penghujung....
Ogos 2016 ditinggalkan dengan sejuta kenangan yang tak mungkin dilupakan...
kenangan paling hebat dalam meniti kehidupan.
kenangan paling mengguris hati....
kenangan yang tak terjangkau dek akal bahawa ianya berlaku...
hakikatnya.....amat benar, tiada yang mustahil dalam hidup kita...
usah terlalu leka dengan keindahan...
usah terlalu enak dibuai impian...


hanya Allah tempat mengadu...

syukur kepadaNya...
yakin dan sabar...
berdoa dan berserah padaNya....
bersama usaha....

moga ia tidak berulang lagi....
moga ia umpama sekadar mimpi...
moga setiap detik yang mendatang, hanya bahagia menanti...


kepada anda yang sedang diuji...
apa bentuk ujian sekalipun...
kembalilah kepada Allah...
sesungguhnya Dia tidak pernah berpaling daripada hamba-hambaNya yg sentiasa ingat padaNya...







02 September 2016

NABILA IS 10.....

salam pagi Jumaat...
minggu pertama di bulan September...


semalam, 1/9/2016 genaplah 10 tahun usia anak gadis kecil dalam keluarga kami ini....
cepat masa berlalu. dari baby sekarang dah anak gadis sunti.alhamdulillah, dikurniakan kesihatan yang baik, akal fikiran yang cerdas dan fizikal yang sempurna oleh Allah swt. walaupun dalam kategori anak istimewa, bagi kami anak gadis ini punyai kelebihan tersendiri.
tak ada kek, belum ada hadiah.....dia bukan tahu pun semalam adalah birthday dia....(kelebihan ada anak istimewa ini...tak ada demand).
tak ada kek atau hadiah sebab bulan ni 3 orang sambut hari lahir...tunggu nanti disekalikan.
cuma malam tadi bawa keluar makan-makan....tu pun layan selera abah sebenarnya...hihi





pada usia 10 tahun, Nabila sudah boleh mengeluarkan banyak perkataan. boleh menyusun ayat yg pelbagai apabila meminta sesuatu. cuma di saat bercerita dia masih menggunakan banyak perkataan 'alien'. boleh difahami apa yang nak disampaikan tapi agak sukar. saya sangat bimbang andai dia tak mampu berbual seperti anak-anak tipikal lain kerana ini akan menghadkan pergaulannya. namun saya positif, dia akan bertambah petah. melihat perkembangan bahasanya dari tahun ke tahun, saya yakin lambat laun dia boleh berbual seperti biasa. tambahan pula di sekolahnya, dia bergaul dengan anak-anak yang boleh bertutur secara normal (anak-anak bermasalah pembelajaran @ slow learner). Ini akan membantu perkembangan pertuturannya. 

 DULU.....

SEMALAM


dari segi yang lain, perkembangannya nampak sempurna.
boleh mengendalikan diri sendiri (mandi, berpakaian, sikat rambut dsb) dengan syarat ummie tak ada bersama. kalau ada ummie semua jadi tak pandai buat. bila makan dia dah pandai sendukkan sendiri lauk pauk ke dalam pinggannya. mengemas meja pun dah boleh buat (cuma nak dengan tak nak saja).


bersyukur sangat kepada Allah swt atas anugerah hebat ini.
anugerah yang mendekatkan hubungan kami suami isteri dan seisi keluarga..anugerah yang menjadi pemangkin untuk kami melihat kebesaran Allah di depan mata.menjadi contoh kepada 2 anak yg lebih besar, sebagai panduan untuk mereka menjalani hidup yg serba mencabar.


kepada ibubapa yang dikurniakan anak istimewa, syukurilah nikmat Allah itu.bersabarlah dalam melayani mereka kerana kita ini menumpang kasih Allah terhadap mereka.bahagia mereka, insyaAllah bahagialah kita di sini dan juga di kehidupan alam akhirat nanti.