salam sejahtera buat semua..
dah pertengahan Ramadhan.....
ummieyot dok lena lama...blog tak berupdate...hehe...
banyak kisah budak kecik yang tak tertulis di sini.
tahun ni dah 9 tahun umurnya...cepat ja masa bergerak..sedar2 dah nak sama tinggi dengan ummie.
alhamdulillah,diberi kesihatan yang baik.otak lebih cerdas....'banyak akai' kata orang kedah.hobi masih sama...menyanyi dan menari.sekarang ni tengah kemaruk video klip filem dari thailand...tajuk apa ntah tapi lagunya best jugak.sampai dia boleh hafal few words dalam lagu tu.
puasa?
...taklah.hanya beberapa jam in between meals.pergi sekolah kena bawa bekal.pening juga ummie nak sediakan sebab ummie mana la pernah buat bekal kat anak2.masa kat PDK takyah bawa bekal sebab semua yang kecik2 ni tak puasa, so cikgu siapkan makanan untuk depa.
kat sekolah baru tak bolehlah....campur dengan budak-budak yang lebih besar...ramai yang berpuasa.maka yang kecik2 ni parents kena sediakan bekal.
bekal nabila majoritinya nasi...kadang2 mi.kadang2 rasa tak mau bagi bekal sebab nak bagi dia puasa sekerat hari tapi takut pulak nanti dia kebas makanan orang lain...haha...naya kawan dia nanti.
raya?
...baju raya dia dah siap...beli ja semua.tak ada tempah2.
bukan main tak sabar nak beraya.dengar lagu raya punyalah happy.pada dia raya = jalan-jalan + makan + duit raya......tu yang dia suka sangat.
along & kakak dah besar so tak kalut sangat bab raya ni...tahun ni kakak SPM.along dah daftar kat IKBN hari Isnin baru2 ni...selamat dah untuk dia.dapat apa yang dia nak...kursus automotif.dari kecik nak jadi pomen...
belemoih...makan pulut durian.hantu durian budak ni.....asal nampak ja...."ummie...boyan...boyan...dap mmmm".tak senang duduk selagi tak dapat makan.bab 'boyan' ni mmg ikut selera ummie dia.
ada sikit lagi durian kat rumah...esok ummie nak buat cekodok durian...nanti dia sebut "koddon boyan".
sekian...wassalam.
selamat berpuasa...moga ibadah kita diterima Allah swt.