07 November 2014

MOGA ANAK-ANAK KITA CEMERLANG SAHSIAH

salam sejahtera....

Jumaat dah...
selesai sudah minggu pertama SPM....si along taruna tu biasa-biasa ja.dia memang jenis..."aiman tak kisah"...tak adanya nak pulun-pulun.sekarang dalam kepala dia dah fokus nak kerja.
ummie dengan abah pun ok saja...asalkan jadi insan yang berguna.hidup berlandaskan agama dan dapat rezeki yang halal.jangan buat benda tak elok sudahlah.
zaman sekarang macam-macam hal....rimas tengok perangai remaja la ni.bukan semua tak elok...tapi yang bermasalah tu sangat dominan.
setakat ni alhamdulillah...sekali sekala terleka dengan kawan-kawan tu memang ada....remaja suka berkawan...macam tu lah.tapi secara keseluruhannya...alhamdulillah.

minggu ni kecoh dengan kes buli kat asrama...saya tengok dua video budak lelaki tu...aduhai!!...
memang betul-betul membuli dan mengganas.kesian kepada mangsa...semestinya trauma sepanjang hayat.bak kata kawan saya...."jangan sampai mangsa tu mendoakan kemusnahan hidup pembulinya sudahlah....".kawan-kawan saya kat sekolah asrama dulu pun ganas juga...buli-buli juga...tapi tak adalah sampai ke tahap macam sekarang ni.yang perempuan pun buli junior setakat suruh basuh baju,kemas katil,tiup lampu sampai padam (toyaaa....hihi),ambilkan makanan dari kantin....tak adalah nak bertumbuk bergumpal.

buli-buli sayang ni membuatkan kami rapat...masih berhubung dengan senior2 dan junior sekolah dulu.bayangkan tahap buli sekarang ni....rasanya kalau jumpa 10 tahun lagi pun masih ada rasa dendam dalam hati.

salah seorang mangsa buli terkini (bukan kes video tu) adalah anak saudara sahabat saya...dah jadi kes sebab sebelum ni dilindungi oleh pihak sekolah.dah patah tulang budak tu...masuk wad segala mana boleh ibubapa nak diamkan lagi.kami mendoakan agar kes ini selesai dengan baik.moga yang membuli sedar kesilapan mereka dan berubah laku.moga ibubapa yang mempunyai anak-anak 'keras' ini lebih prihatin dengan sikap anak-anak mereka...moga pihak sekolah belajar untuk menghormati hak pelajar tanpa mengira status dan darjat dan belajar untuk lebih bertanggungjawab kerana anak-anak yang dihantar ke asrama adalah amanah daripada ibubapa untuk guru-guru juga.

"rindu zaman sekolah dulu...guru-guru umpama ibubapa...senior,junior dan kawan seusia umpama adik beradik.hidup dalam keluarga besar yang harmoni.sekali sekala bergaduh dan kena marah serta didenda adalah lumrah kehidupan.ibubapa di rumah tidak mencampuri urusan sekolah..guru-guru bertanggungjawab sepenuhnya bukan setakat memberi ilmu akademik malah juga mendidik sahsiah kami.bukan setakat guru-guru...penjaga asrama,pekerja dewan makan dan matron juga adalah ibubapa kami....
alhamdulillah...hari ini kami masih bersaudara...jasa kalian tetap dikenang"
***moga anak-anak kita juga membesar menjadi insan yang mempunyai nilai kemanusiaan yang sempurna.

***selamat meneruskan SPM....


bangunan akademik...
dalam bulatan adalah tempat yang paling saya suka untuk ulangkaji sebelum SPM.
bawa kerusi meja dari kelas...park kat situ.
study sambil menghayati panorama di luar.
dari sini boleh nampak jalan utama memasuki kawasan sekolah...
ada padang kecil kat depan tu..
area student lepak petang-petang.

(gambar dari group ansara..)


2 comments:

Salina@IbuAqil said...

Amiin kak amiinnnnnn!!!
Dtg ziarah sini hujung mggu.. ;)

ieda said...

Salina....
long time no see....hihi...
thanx for visiting.