SENANG CARI

29 October 2014

NASI GORENG BERLAUK

salam sejahtera semua....

dah masak untuk lunch?...saya belum lagi...tak masak kot hari ni.kerja dan rasa macam takdak mood ja...nak masak mesti ada mood sebab kalau dipaksa-paksa confirm makanan tu jadi tak sedap.tengah ada mood masak simple-simple pun sedap.

bila SU takdak kat rumah kami anak-beranak biasanya makan simple ja...mana yg sempat...hihi.
salah satu menu simple saya ialah nasi goreng berlauk ni.

beli ikan kembong bakar dengan sambal belacan dari kedai sebelah.nasi pun beli juga...(ishhh...).
balik asingkan isi ikan.
potong bawang putih & bawang merah.
karot potong dadu (tak guna sayur campur ready made tu sebab budak-budak tak suka).



kemudian...
tumis bawang...
masuk isi ikan....biar garing sikit.
masukkan karot diikuti telur.
kacau2...
masukkan nasi.
tambah garam & sedikit perencah nasi goreng ayam dan kunyit.

nasi goreng berlauk

gaul rata....
saya keluarkan sikit dari kuali untuk bahagian nabila....kemudian masukkan sambal belacan ke dalam nasi yg masih dalam kuali tadi.
gaul rata sekali lagi....
sedia untuk dimakan.
selamat untuk lunch....

dinner kira lain plk..

simple kan?....janji sedap & licin dimakan...
kalau SU ada jarang masak macam ni sebab dia kurang sikit dengan nasi goreng.

PERLUKAN BANTUAN UNTUK ALAHAN KULIT?


3 comments:

Rizziela said...

sedapnya

Daddy Ziyyad said...

simple, tapi sedap..kan :)

ieda said...

rizziela & DZ...
memenuhi selera...
cubalah.