SENANG CARI

22 October 2014

AKTIVITI PAGI DEEPAVALI

salam sejahtera untuk semua....


cuti sekolah yang panjang minggu ni....seminggu untuk sekolah menengah.dua minggu untuk si kecik sebab sekolahnya perlu renovate lagi..."re renovate" sebab yg buat baru-baru ni tak ikut spec.budak kecik ni dah boring duduk rumah...moga2 Ahad minggu depan boleh start semula.tak perlu extend macam dulu.

ummienya tak cuti hari ni...cuti-cuti yang tak berkenaan semua dah kumpul bawa ke raya puasa, raya haji dan cuti makan angin.

pagi tadi cuaca sangat best...sejuk berkabus.


keluar ke belakang tengok kerja yang belum settle.hari Sabtu baru ni dah cangkul pokok serai ni sebab dah tak elok.tapi dalam rumpun yang tak elok tu ada juga yang masih segar.tertangguh2 kerja maka pagi ni selitkan masa untuk siapkan proses pokok ni sebab takut rosak kalau biar berhujan berpanas lama-lama.sayang pulak.


nampak macam banyak tapi bila dah bersihkan dapat banyak ni saja....
ini yang elok.tak tau nak buat apa dengan serai ni maka ambik keputusan sedekah kat kawan yang berniaga kedai makan.kalau simpan pun rosak juga nanti.nak jual sikit sangat..jadi lebih baik bagi orang.

yang kecik-kecik lebih kurang sebanyak ini juga...buat benih tanam semula.
baru tanam separuh...yang separuh lagi rendam dulu...Sabtu nanti tanam sebab kena bersiap untuk masuk kerja.plannya nak duduk luar setengah jam saja tapi dah terlajak ke hampir sejam.
sambil-sambil tengok pokok bunga dan pokok daun.



near future task....trim pokok bunga ros dan pokok bunga raya.
dalam proses membonsaikan bunga raya....harap-harap menjadi...bukan pandai sangat pun.


2 comments:

cikceriacorner said...

salam akak..berbudi pada Tanah byk untungnye..heheh..puas ati tgk hasilnye kan kak

ieda said...

cikceriacorner...
betul tu...seronok tengok pokok-pokok berhasil....rasa puas hati walaupun yang nk dimakan tak sebanyak mana.