10 September 2013

MENCARI RAHMAT & REDHA ALLAH

salam buat semua..

sedikit catatan perjalanan en suami & sahabat2 pada hari kebangsaan baru2 ni.
ketika Ramadhan yg lepas SU (en suami) telah memulakan program wakaf Al Quran untuk disampaikan kepada pelajar2 sebuah sekolah pondok di Thailand.pengumpulan dibuat melalui teman2 FB dan ahli kelab NARC serta penyumbang2/kenalan2 lain di luar alam maya.sasaran asal adalah sebanyak 200 naskah (mengikut jumlah pelajar) namun alhamdulillah jumlah yang terkumpul ialah sebanyak 311 naskah.

semua naskah Al Quran diserahkan kepada pelajar Sekolah Muslim Wangthong, Vitthaya, Krabi Thailand.

perjalanan bermula pada 31 Ogos 2013...sekitar jam 8 pagi dari rumah kami....memasuki Thailand melalui Wang Kelian kerana umumnya pada hari2 cuti macam ni pintu sempadan Bukit Kayu Hitam adalah sesak.
Majlis penyerahan dilakukan pada hari Ahad, 1 September 2013 di sekolah berkenaan.
Oleh kerana hari Ahad adalah hari cuti mingguan mereka,tidak ramai pelajar yang ada di kawasan sekolah.pelajar2 ini terdiri dari pelbagai golongan seperti anak yatim & orang susah.kebanyakan di antara mereka juga merupakan 'saudara baru'.

sahabat NARC,pentadbir sekolah dan sebahagian pelajar bersama naskah Al Quran yang diwakafkan.ada banyak kotak bercop "Hasani" di situ kerana kebanyakan Al Quran ini diperolehi dari kedai Hasani.malah mereka juga turut mewakafkan sejumlah Al Quran untuk pelajar2 ini.
bangunan asrama/kediaman pelajar wanita yg agak selesa.
pelajar2 lelaki masih menggunakan pondok2 seperti ini sebagai tempat penginapan.
sumber air adalah dari kolam berhampiran yang dipam dan dihimpunkan ke dalam tangki.
pelajar2 di sini juga diajar pelajaran akademik dengan menekankan bahasa Inggeris serta Bahasa Melayu bagi memudahkan mereka melanjutkan pelajaran di Malaysia atau Indonesia.
kesederhanaan
bangunan kantin sekolah.


selesai majlis penyerahan ALQuran tersebut,SU & teman2 dibawa melawat ke sekolah rendah dibawah pentadbir yang sama,yang terletak di Ko Lanta...tidak jauh dari kawasan ini.
Anubal Muslim School.
sekolah ini menempatkan pelajar dari usia 4 tahun hingga sepuluh tahun.kekurangan frasarana & kakitangan menyebabkan jumlah pelajar terhad.
berbanding dengan sekolah menengah yang telah beroperasi sekitar 60 tahun,sekolah rendah ini baru dibuka sekitar 4 tahun yg lepas.

bilik perpustakaan yang memiliki jumlah buku yg sangat minima
meja belajar buatan sendiri
kelas kanak-kanak pra sekolah

pondok yang disediakan untuk mengajar ibubapa yang baru memeluk Islam
kantin sekolah rendah
En Mokhtar...pentadbir @ pemilik sekolah yang merupakan generasi ke 2.
sekolah ini diasaskan oleh bapa beliau.
anak En Mokhtar iaitu En Rushdy...generasi ke 3 yang bakal meneruskan kesinambungan sekolah ini.
SU bersama 3 sahabat yang membantu (cip,asst cip & cik lah)
2 lagi sahabat NARC yang sukarela membantu melancarkan program penghantaran/penyerahan naskah Al Quran...
Mache & Bob yang turut membawa ahli keluarga masing2.


semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan tanggungan pihak pentadbiran dalam menjalankan usaha membangunkan Agama Islam di negara jiran kita.
sumbangan AlQuran,wang ringgit dan tenaga dari semua pihak yang terlibat amat dihargai...moga semuanya diberikan ganjaran pahala oleh Allah swt.

program ini tidak berakhir di sini sahaja.untuk masa akan datang pihak NARC bercadang untuk mengumpulkan buku2 bagi kegunaan pelajar sekolah rendah....buku latihan,mewarna,buku cerita dsb dalam bahasa Melayu & Inggeris.
moga ianya dapat dilaksanakan dengan izin Allah...insyaAllah.

3 comments:

Dr K said...

Ya Allah, daif nya pondok utk student2 lelaki tu kak..kalau nak banding dgn hostel perempuan..Lepas tu, rehal buatan sendiri tu....Kalau sahabat2 NARC ada nak ke sana dan sampaikan sumbangan, bagitau saya ya kak..samada di blog saya,atau sms saya pun boleh ye kak..019-3828278...Harapnya asrama student lelaki tu boleh la dinaik taraf ke bangunan batu..dan cadangan saya, kalau ke sana lagi, buat lah pula waqaf rehal Al Quran...

Semoga usaha murni suami & akak serta geng2 NARC di berkati Allah..dan dibalas ganjaran yg tak ternilai dari NYA...

Dr Singa said...

sebak dada..

warwarkan lah macamana nak menyumbang..
saya pun nak ..macam DrFaiz ..

ieda said...

DZ...
aaminn..
mula2 tu mmg cadang nak bawa rehal sekali tapi tak cukup plk kutipan sumabangan sebab rehal yg tinggi tu mahal jugak harganya.insyaAllah akan dibawa kemudian.
yang pondok tu...daif kan?...moga Allah datangkan rezeki utk mereka bina bangunan pelajar lelaki plk selepas ni.


DRS...
nanti saya bgtau...tunggu en suami buat pengumuman.