SENANG CARI

09 May 2013

MAKAN-MAKAN DI HARI BURUH

salam...
boleh terlupa nak update..hehehe

sibuk dok ikut cerita ttg PRU13 kat fb sampai pening kepala & berbinau bijik mata.
mula hari ni malas nak baca dah kisah2 tu semua....
moga Malaysia terus aman...
sapa2 yg nak mengkucar kacirkan Malaysia tu...moga diberikan hidayah & petunjuk...(tak kiralah bangsa apa pun).

ni gambar makan2 kat Hadyai hari buruh baru2 ni.
saja2 berziarah ke situ sebab en SU dah kempunan daging/ayam bakar ni..
kami ke sana 3 family.....family cip,timbalan cip & SU.
pukul 4.30pm kat border,sampai Hadyai pukul 5.30pm.
singgah solat Asar kat sini.

sampai kat gerai ni pukul 6.15pm.
selalu mai makan kat sini waktu malam...ni kali pertama waktu petang...best lagi waktu petang macam ni.orang tak ramai sangat.kebetulan hari redup...selesa untuk menjamu selera.
budak kecik dilayan oleh anak2 abg bad @ timbalan cip.
dengan abg cik (baju hitam) mmg ngam
 tapi kalau dgn abg baby (baju hijau) asyik bergaduh ja.
walau berniaga tepi kaki lima,meja sentiasa penuh.bawah ni adik2 yg jual ayam & daging bakar.kali ni maknya (atau makcik entahla kan..) tak ada maka sup power pun tak ada.beli sup dari gerai lain kat hujung sana tu.tak pedas pun maka bolehlah mek kecik tumpang makan sama.
ayam ni garing kat luar tapi isinya lembut.kulit tu rasa manis2 sikit.meratah mmg best.daging pun sama...lembut ja.bakar guna arang saja.
waktu dihidangkan ayam tu dipotong kecik2...satu pinggan tak pasti pulak ada berapa wing...2 kot.harga satu pinggan adalah 30 Baht.. (lebih kurang rm3).

gerai ni terletak di tepi Hotel President Hadyai...
gambar bawah ni...kanan adalah pagar hotel,kiri jalan utama...memang jalan yg sibuk.kalau lepak kat sini mesti boleh nampak ambulance lalu.
tapi tak boleh lepak lama2...ada orang tunggu giliran nak duduk.lepas makan kena bangun cepat2...kesian kat orang lain yg nak makan juga.
menu makanan adalah ayam/daging bakar,sup,somtam,nasi & pulut.
air mineral & air botol dah siap atas meja....kalau minum kena bayar la.
basuh tangan dengan air mineral tu jugak....

3 family sambungkan 3 meja......

utk family saya...
8 pinggan nasi
3 piring ayam
dua piring daging
air mineral 
315 Baht (rm31.50..lebih kurang).
sup kosong 20 baht.
cip & abg bad ambil sup tulang 70 Baht semangkuk.


hasil tinggalan kami.
polistrin tu bekas ayam & daging.dulu guna piring biasa...tak sempat nak basuh kot.lagi senang pakai polistrin.

kami parking kat depan hotel....makanya lepas makan budak ni ajak umie dia...
"umie...jom"...
"pi mana?"
"tu....."
sambil buat sign tidoq...

pandai la kamu budak kecik...ajak check in...
dah kenyang masuk hotel tidoq....anak sapa la ni????
(dia pun makan nasi bertambah).
tak mau masuk kereta...terpaksalah abah buat macam ni.

sebelum balik singgah pekan Hadyai sebab abg bad nak beli minyak angin (minyak angin pun guna siam punya)....berhenti kereta dekat dengan gerai pulut durian/mempelam...dalam hati teringin nak beli tapi perut dah padat....lain kali lah!!!

balik tu singgah minum2 (lagi????) kat Jitra.kemudian terus bergerak ke rumah.sampai rumah sekitar jam 12 malam...kira awal la jugak...(dalam hujan renyai2).

notes..
***kami panggil tempat makan ni daging bakar president
***kalau tengah ramai kena tunggu giliran utk dapat tempat duduk dgn sabar....boleh sampai 1 jam tempoh menunggu.


No comments: