05 April 2013

ANTARA LAMA DAN BARU

salam sejahtera buat semua...
mood pilihanraya?
fb penuh dgn posting yg bersangkutan dengan pilihanraya...
hilang mood sekejap utk melayan fb.

kisahnya...
tentang patient..
kadang2 penerimaan mereka memeningkan kepala kita yg nak merawat ni.bukan senang pun utk kita memenuhi kehendak orang.masing2 ada pendirian & pendapat sendiri.tambahan pula kalau mereka terlalu mengikut kata2 orang2 di luar sana...macam2 pendapat masuk ke kepala & akhirnya sendiri yang pening...tak tau mana nak ikut.
saya tak salahkan sesiapa...lebih suka apabila mereka bercerita & berkongsi pendapat serta maklumat.

tadi ada seseorang...datang dengan bengkak di tepi leher (submandibular).bengkak yg agak mencurigakan bagi saya.tanpa rasa sakit,tanpa demam.bengkak yg agak keras (firm to hard)....nak refer ke specialist utk biopsi tapi patient tak nak.memang 100% tak nak.dah explain semua pun tak nak juga... mengalah juga...(dari pengalaman kita boleh tahu siapa yg boleh kita pujuk & siapa yg tak boleh).cuma minta dia datang semula utk review minggu depan (rasanya dia tak akan datang).
kenapa saya nak refer?
sebab ada dua kes sebelum ni yg lebih kurang sama presentationnya...satu end up full blown abscess dan satu lagi adalah kanser.

satu lagi kes...
agak muda tapi dah kena kencing manis tapi peringkat sederhana.saya sangat risau bila orang muda kencing manis sebab kalau tak dijaga betul2 mereka akan mendapat komplikasi pada usia yang muda.kualiti hidup akan terganggu...orang muda juga agak susah nak ikut diet & makan ubat dengan betul.
yang ini telah ditakut2kan oleh orang sekelilingnya bahawa ubat yang dimakan akan merosakkan buah pinggang.maka dia mengurangkan dos ubat & hasilnya gula tidak turun ke paras yg sepatutnya.
cuma dengan yg ini agak mudah utk berbual...dah lama kenal.boleh nasihat @ gertak2 sambil gelak2.saya harap dia akan mengambil ubat mengikut dos yang sepatutnya...dia akan datang lagi untuk review...yang ni memang yakin akan datang.

kes terakhir..
sudah berusia....pesakit darah tinggi.mengikut jadual rawatan ulangan & mengambil ubat dengan baik serta tekanan darah berada di tahap normal...(good patient).tiba2 ter'detect' kencing manis dengan bacaan sangat tinggi.ikutnya memang kena admit tapi dah jadi kebiasaan di sini...badan segar tak adanya yang mahu ke hospital.nak start ubat tapi minta ditangguh dulu...saya yang risau.takut tiba2 dapat diabetic coma tapi pakcik ni relax ja.
selepas hampir sebulan dia datang utk rawatan ulangan...saya cek paras gula...turun agak banyak.saya tanya dia makan apa?
katanya dia ambil ubat kampung.....minum air rebusan pokok 'amin buah'..minum hanya beberapa kali (untuk seminggu shj).dia berhenti minum bila kencingnya sudah tidak kerap lagi.maka saya menyuruh dia mengamalkan minum air tersebut & akan lihat hasilnya sekali lagi....menunggu tarikh follow up seterusnya untuk melihat hasil.


ada banyak lagi kes yang merisaukan saya sebenarnya...hanya mampu berdoa semoga Allah menyembuhkan mereka biar apapun cara perubatan yang mereka pilih.kita hanya memberi pilihan dan terserah kepada individu untuk mencari yang terbaik buat mereka.


*******************************
sedikit tentang pokok 'amin buah'...
emak saya memanggilnya dengan nama 'dukung anak'.
nama saintifiknya 'phyllanthus niruri'.
from google
kata emak saya dulu....pokok ini pokok ubat tapi saya tak ingat apa kegunaannya.apabila disebut semula oleh pesakit saya barulah saya terdetik untuk mencari maklumat tentang kegunaan pokok ini....banyak rupanya.
kebanyakan khasiatnya diperolehi dengan meminum air rebusan pokok beserta akarnya sekali..
antara khasiatnya..
*membantu merawat batu karang
*dysentry
*jangkitan virus
*virus hepatitis B
*keputihan (fungus)
*ulser,kudis & luka 
*jangkitan saluran pernafasan

sila google untuk maklumat lebih terperinci.

salah satu link yang saya rujuk..



2 comments:

aLyNnZ said...

Doc alynn dulu guna pokok daun anak utk mengurangkan paras bacaan jaundis anak..haha tp tak bersangkutan pun dgn khasiat yg doc senaraikan..ni petua org dulu2

ieda said...

alynnz..
cemana pulak rupa pokok tu?