15 March 2013

KAPAL TERBANG KERTAS

salam sejahtera...


kebelakangan ni heboh kisah seorang cikgu kat Kelantan yang menghina anggota keselamatan kita yang berjuang di Lahad Datu.memang panas hati bila baca post2 kat FB cikgu tu.saya sekadar membaca.tapi takla pulun sangat sebab banyak perkataan2 negatif.tak suka memenuhkan ruang dalam kepala saya dgn benda2 negatif dah.baca sekadar utk ambil tahu.berita terkini,cikgu tersebut telah ditahan untuk soal siasat.
tak tau lah apa nasib dia selepas ini.kita tunggu saja.

bukan nak cerita kisah cikgu tu pun sebenarnya.
nak cerita tentang cikgu perempuan kat Cameron Highland ni.
saya jumpa blog cikgu ni melalui FB & blog CT Fariza.dari mula baca dulu sampailah ke hari ini saya masih menjadi pembaca setia.walau tak hari2 buka tapi bila ke sana mmg saya mentelaah penulisannya.

cikgu muda...seorang wanita yang mengajar di sekolah anak orang asli yang terpencil.penuh kepayahan.namun dedikasinya serta semua guru di situ buat saya kagum.mereka inilah yang patut dijadikan contoh..mereka inilah sebenarnya pendidik.tulisannya bersahaja..kadang2 saya gelak...kadang2 saya tersentuh hati.sukarnya hidup mereka...namun mereka tidak mengalah (semua guru & murid).

sila kunjungi blog ini.

                                                                              KAPALTERBANGKERTASKU


baca & hayati kehidupan mereka.
siapapun kita yang berada di luar ini...hargailah semua kemudahan yg kita ada.
guru2 yang mengajar di sekolah yg ada segala kemudahan...yg boleh balik kepada keluarga setiap hari...jadikanlah kesabaran & ketabahan guru2 nun jauh di pedalaman ini sebagai cabaran & kekuatan utk lebih dedikasi & berjaya mendidik murid2 di luar ini.




No comments: