14 November 2012

JALAN2 BUAT KERJA

salam..
selamat menyambut tahun baru hijrah..
moga tahun baru ini membawa perubahan positif dalam hidup kita semua.

minggu ni banyak cuti umum nampaknya.
mesti ramai yang ambil cuti bersambung...maka jadilah cuti seminggu.kalau masa kat kerajaan saya suka buat kerja macam ni.awal2 tahun dah belek kalender utk booking cuti.masa kat health site senang jugalah.tapi masa kerja hospital kena pakat2 juga dengan kawan2 seunit...kena gilir2 la nak cuti.takkan nak biar member kerja,kita senang2 hati cuti.yang bestnya kerja kat hospital/wad ni ialah bila cuti kerja kita member akan buatkan.balik dari cuti tak dak kerja menunggu @ terkumpul kecuali kalau ada case report utk court....best kan?

sekarang ni kerja sendiri tak leh la nak cuti panjang2...no work no money laaa...
tapi weekend baru ni cuti panjang juga...
bermula dengan makan kenduri di Klang kemudiannya berlarutan ke KL & Melaka menemankan SU melaksanakan kerja2nya.dah alang2 berada di sana...kalau balik pun SU kena turun semula ke Melaka.lagilah membazir duit & tenaga.
maka,malam tadi baru sampai rumah.hari ni masuk kerja dengan mood mengantuk.
apa pun,alhamdulillah banyak kerja SU yg terlaksana.
budak kecik bambam pun ok saja sepanjang perjalanan.sekali sekala buat perangai tu 
biasalah kan..jauh.
tak makan angin kat mana2 pun...sekadar bawa budak2 tengok lampu kat I City.
selepas tu...abahnya kerja kami lepak kat hotel di Maluri.
di Melaka temankan abahnya mapping & cari hotel untuk event bulan 12 nanti.habis mapping terus balik ke Kedah.

gambar2 menyusul kemudian.

No comments: