SENANG CARI

08 May 2012

REFLEKSI KEHIDUPAN

salam...


sekarang ni mesti ramai student yg excited bila dapat tahu dah dapat masuk mana2 IPT kan...tahniah kpd yg berjaya...
yg tak dapat tu jgn risau...there's always something for you..asalkan berusaha.
(yang malas tu lain ceritalah).

malam tadi layan tonton.com tengok BERSAMAMU episod 18.
sebelum ni tengok kat TV tapi gitu2 ja sebab ada hal lain nak dibuat.saya tertarik utk tengok semula kisah keluarga kat Terenggganu ni sebab ia mengingatkan kepada kisah silam saya sendiri masa sekolah menengah dulu.hampir sama situasinya.

kesempitan keluarga tidak menghalang untuk berjaya dengan sokongan pelbagai agensi yg ada dalam negara ni...bagi kami anak MRSM semestinya bantuan MARA.cuma di zaman saya dulu taklah terasa sangat jurang dgn kawan2 sebab masa tu taraf hidup kita taklah terlalu advance macam sekarang ni.semua sekadar ada saja.mana ada pelajar guna handphone,laptop dsb.anak pesawah atau anak menteri nampak sama ja masa kat asrama.
makan kat luar pun ala kadar ja.MRSM bukannya dibina dalam bandar besar.nak dapat restoran KFC sebijik pun payah...PIZZA HUT...berangan sajalah.kalau keluar pekan pun semuanya setakat beli apom balik...makan kat gerai tepi jalan....(hu ha hu ha buat kecoh kat kedai org...mmm...bestnyer) atau kalau ada duit lebih sikit dudukla makan kat restoran.masa kat Kulim dulu ada restoran Nasi Padang...sedap sangat masakan dia..puas hati.sekarang ni tak taulah ada lgi tak..dah lama tak ke sana.

sekarang ni MRSM dah banyak..dekat dengan bandar2 besar.pelajar pun dah tak susah nak bershopping.kenapa cerita pasal MRSM?...sebabnya anak perempuan dalam family BERSAMAMU tu dapat belajar kat MRSM..form 2 (sebaya nurul).katanya kadang2 ada kawan bawa makanan2 segera ni.walaupun tak semahal mana tapi dia tak mampu..jadi pendamkan saja hasrat utk makan walau keinginan itu ada....simpati saya mendengarnya.
dia anak sulung, maka kenalah berjimat cermat.ada 3 lagi adik yg juga perlukan perhatiandari ibubapanya.
bapanya sekadar bekerja kampung (bantu org buat rumah)....pada usia 52 tahun dia nampak jauh lebih berusia.mungkin sebab kerja kuat sejak dari muda.....tengok wajahnya teringat kepada arwah bapa saya.....pengharapan dia kpd anak sulungnya...sama seperti arwah bapa saya.berbeza loghat bahasa tapi intinya sama.
YaAllah...mereka seperti refleksi kehidupan saya dahulu..

moga Allah memberi perlindungan kepada keluarga ini..
moga kejayaan mengiringi anak remaja ini serta adik2nya..



2 comments:

mak encik | SZ said...

sedih kan kak,
bila kita dah penah merasa hidup susah rasa betambah2 sedih tgk anak2 sekarang yg masih di zaman kegelapan tu...dengan bekalan ilmu sahaja lah dapat mengubah hidup keluarga mereka ... semoga adik tu berjaya dunia akhirat, bantu keluarga dia ...

ieda said...

SZ..
betul tu..paling sedih bila ayah dia cakap.."mungkin tak sempat nak jaga ayah.."...