baru baca blog DRSINGA .......entry ni saya suka.
mmg geram bila baca.
kita sebagai manusia mmg tak boleh lari dari buat kesilapan.tapi janganlah kesilapan tu disebabkan malas..kerana ianya menjadi kecuaian.
kita yg dah 'terjebak' dalam bidang ni kena terima hakikat bahawa kerja kita mmg teruk...bebanan fizikal & mental.kena pandai cari jalan untuk tenangkan fikiran...terutamanya yg kerja kat hospital kerajaan.masuk saja ke ward/klinik,kita adalah sedang bekerja.kerja sehingga siap untuk hari itu.kalau duty kat ward kena habiskan round & tugas2 berkaitan.kalau kat klinik kena buat sampai habis semua patient.tak kiralah pukul berapa pun.jangan mengharap untuk lunch break pukul 1 hingga 2 ptg...bukan mustahil utk dapat tapi jangan mengharap kerana kerap kalinya tak akan dapat.jangan berangan untuk balik sama waktu dengan pekerja pejabat yang lain esp yg di wad.
kalau kita boleh berlenggang ke hospital,punch in 7.30 pg....tea break 10 pg,lunch break 1 tgh hari & balik 5 ptg...kalau lah boleh.....pada saya kita sebenarnya tak kerja hari tu.
untuk lepasan SPM yg nak ambil MEDIC....ingatlah..kamu tak boleh dapat 'nice working hours' macam kerja2 lain.
letih kerja?memangla..mana ada kerja tak letih.bersembang pun letih jugak..letih mulut.
malas?...sekali sekala malas normal la kan...kita manusia.tapi jangan terbawa2 sampai berlaku kecuaian.bila berderet patient tunggu giliran untuk dirawat,mesti ada antara mereka yg senang utk dibawa bersembang...ambil kesempatan tu utk kurangkan stress.bersembang sekejap dgn patient tu...gelak2 sikit.tapi jgn la buat macam sembang kat kedai kopi...kesian yg kat luar tu.
sepanjang banyak tahun kerja ni dah macam2 tempat saya kerja...macam2 peel manusia saya jumpa & ada juga kesilapan saya 'here & there'.pernah kerja di hospital yg aman damai...relax.on call pun boleh lena nyenyak.pernah kat hospital yg sibuk tahap boleh hilang akal...naik tingkat 8 pun guna tangga sebab nak cepat.tunggu lif lambat.ramai orang.sib baik masa tu muda lagi.kalau la ni suruh naik tingkat 3 pun kalut dah.pernah duty kat kecemasan yg boleh lepak2 makan kuih raya dengan MA.pernah juga kat kecemasan yg sampai nak ke toilet pun tak sempat.
pernah di klinik yang boleh pi tea break sembang2 dgn geng doktor (musim hujan & banjir..patient tak ramai).pernah juga kat klinik yang mula pukul 8.30 pg habis 3.30 ptg...tanpa break utk tea @ lunch...(ni kat klinik kesihatan...sapa kata KK relax).
bila dah kerja sendiri bebanannya masih ada...kena fikir dua2...servis & bisness.tapi dah pilih kenalah sabar & sanggup buat.kadang2 ada masalah lain menjenguk,panas juga hati ni.banyak sgt nak kena fikir.
sedikit pesanan utk yg nak jumpa doktor kat emergency unit mana2 hospital...
bagi tau doktor masalah kesihatan yg betul2 emergency yg menyebabkan anda ke situ pada hari itu.
contohnya....
1. batuk selama seminggu...dah ambil ubat kat tempat lain.tiba2 dapat semput pada hari tersebut.
sila bgtau bahawa anda datang kerana semput...mula dgn ayat itu dulu.batuk seminggu tu cerita kemudian sebab yg seminggu tu dah tak masuk kategori emergency walaupun batuk & semput itu bersangkut paut.
2. anak cirit birit beberapa hari.anak nampak aktif.tapi hari tu ada darah dalam najisnya.
sebutkan ttg berak berdarah itu.lepas tu baru cerita ttg cirit birit.
kenapa?
nama pun emergency unit...kes2 emergency saja yg diterima.tak semua yg emergency di mata public itu adalah emergency di mata doktor.kenalah pandai menonjolkan masalah utama kita...kena main psychology doktor jugak ni.
****SEKADAR BERKONGSI DGN YG INGIN BERKONGSI****
5 comments:
terima kasih berkongsi dunia kedoktoran kak!
Tq kak. Take note apa yg akak tulis. :)
nice post kak!
saya harap yg score SPM, jgn hanya fikir nak buat medic, tanpa tahu kerja sebenarnya
tq tips camne nak explain kat DR kalo kite sakit. bukan ape, kdg2 org biasa taktau cite yg mana dulu.
kalau di ingat-ingat balik...
amazed kekuatan kita masa menghadap 'zaman kerja tak nampak matahari' dulu-dulu tu kannn...
Post a Comment