cuti umum..blog pun bercuti.
kemarin (isnin) dah masuk kerja tapi seperti biasa bila cuti lebih,bila buka ja..kerja pun lebih.sesetengah negeri masih cuti umum lagi hari ni kan....sempena Thaipusam.Kedah tak cuti.tapi kalau kat SP ni tak payah la nak gatal2 kaki menerjah ke pekan esp area Pekan Lama....cari susah ja.mmg jem kat situ.
berbalik ke weekend yg baru lepas ni.
kami dari NARC dijemput menjadi keluarga @ warga rombongan pengantin lelaki mengambil pengantin perempuan ke rumah kenduri.......ayat pendeknya.."buat konvoi pengantin".
pengantin lelaki adalah adik kepada salah seorang ahli NARC.maka dgn sukacitanya kami menerima jemputan itu..maklum lama tak konvoi dalam negeri.
kenduri di Tanah Merah Pendang.nak sampai rumah penganti perempuan kena lalu ikut batas ban di tengah2 kawasan bendang.
rombongan pengantin lelaki (semua avanza) nun di belakang adalah dari pihak perempuan. |
pengantin yang diraikan |
lepas kenduri jalan plk ke Jitra.singgah kat my sis di kampung sekejap.
lepas magrib terus pergi rumah member.keluar makan kat kedai biasa2 tepi jalan.mmg kedai biasa2 ja tapi masakan sedap.
nabila & friends.. dah berapa puluh kali lalu kat sini...baru berkesempatan singgah bergambar. kalau malam lagi cantik. |
lepas makan baru balik rumah.dekat 12.30 malam baru sampai.
si nurul dah demam sebab cuaca terlalu panas.nabila maintain ja lagi.tapi pagi ni tengok bibir mulut dah mengelupas.
2 comments:
bestnya jalan2 ramai2 sambil konvoi kan?
suria amanda..
mmg best..tak rasa penat.tapi sampai rumah kelepet la.
Post a Comment