18 January 2012

SAPA KATA ORANG PANDAI TAK NAKAL?

salam..
pagi tadi otw ke ofis dengar2 celoteh kat radio sinar (saya suka sb lagu time2 saya dulu banyak kat siaran ni)...
tema kali ni ialah dedikasi utk org2 yg tertentu dlm hidup masing2.salah sorang pemanggil ni (lelaki) buat dedikasi utk cikgunya...
tergelak2 saya dengar...beria2 dia cerita.macam nak buat cerita seram plk.

kisahnya...
pada satu malam dalam hujan lebat dia telah menghumban tong sampah dalam kereta cikgunya (tanpa rasa bersalah semestinya)..
puncanya...
dia marah kat cikgu tu sebab cikgu tu bagitau kat perhimpunan yg dia tak pakai seluar dalam......
macam mana cikgu tu tau dia tak pakai seluar dalam?
masa buat spot check kat asrama cikgu tu check loker dia tapi tak jumpa walau sehelai pun seluar dalam.....

yang bestnya....
tong sampah tu dia ambil dari blok asrama yg lain.maka yg kena denda cuci kereta cikgu tu adalah budak2 blok tersebut.
katanya sampai sekarang cikgu & budak2 blok asrama tu tak tau bahawa dia yg buat semua tu.

yang paling best...
dia adalah budak MRSM Kuantan & sekarang katanya dah jadi kaunselor......


p/s:.......saya suka tengok perangai budak2 yg super nakal tapi smart kat sekolah.

dengar cerita kaunselor ni teringat kisah sahabat2 masa kat sekolah dulu....semuanya dibongkar dalam FB...baru sekarang tau betapa sahabat2 yg berjaya hari ini telah membuat macam2 perkara pelik masa sekolah dulu....perkara2 yg boleh buat warden naik hantu.

jadi bila ada org cerita pelajar MRSM kat depan ni ada yg liau (lompat pagar) taklah menghairankan sangat...benda tu baru nakal tahap biasa.

moral of the story:
biar nakal asal berjaya....
muda hanya sekali,gunakan sebaiknya...(positif shj ok)

dan satu lagi..
ini motto kami budak2 perempuan masa menengah dulu..
"UNDANG-UNDANG ADALAH UNTUK DILANGGAR"
......hihi....jgnla ikut motto ni.


4 comments:

Unknown said...

hihi...zaman remaja..mesti ada nakal sikit:-D

Unknown said...

heheh.. betul kak..

memang ramai kawan2 yg nakal masa sek tp skrg ni depa yg sgt2 berjaya..

tp nakal budak2 skrg ni, mengalahkan aksi org tua.. nakal budak dulu xde la sampai melayang maruah diri..

Nida said...

Kawan Nida dulu selalu kena gantung sekolah.. tapi bila part fizik and add math dialah juara..hehe

ieda said...

ladysirna..
jadi baik sgt pun tak best gak kan?..asyik kena buli ja nanti.


kakyong..
yg tergadai maruah tu bukan kategori nakal...tu BODOH..hehe

nida..
cikgu nak marah pun payah kan..