29 November 2011

REZEKI NABILA

salam..


hari sabtu baru ni bawa nabila ke Cinta Sayang utk program dgn YB.memang blur..tak tau program apa....bawa ja dia pi.nurul ikut sekali sbg peneman & pembantu di waktu 'kecemasan'.patutnya pukul 1pm kat situ tapi saya sampai lambat sikit sebab jalan sesak (jalan belakang pun boleh sesak eh??)..tiba nak masuk ke dewan cigku dia cakap seorang student dgn sorg waris ja boleh masuk sebab depa sedia tempat ngam2 ikut bilangan student...maknanya nurul tak boleh masuk.semestinya saya tak suka...nurul pun macam tak happy dah.apa hal dia nak duduk luar dewan sorang2 kan...kata cikgu tu depa dah bgtau satu student satu waris..tapi bila bgtau in general mcm tu manalah kita nak terfikir yg org lain tak boleh join sekali.patutnya cakap terang2..."event buat dalam dewan.pihak pengurusan siapkan tempat cukup2 ja utk pelajar dgn sorang waris"....tapi saya takla nak marah sebab cikgu2 nabila ni semua lemah lembut belaka...tak sampai hati nak marah pun.so saya suruh nurul tunggu depan dewan dulu...saya masuk dgn nabila tgk2 kawasan.ada kot 10 minit tunggu tengok ada meja kosong lagi...terus mesej nurul suruh masuk.ada lunch sekali...boleh ka nak makan bila sorang lg anak dok melangut sorang2 kat luar??tak sampai hati laaa...maka enjoylah nurul dengan ayam masak merah yg sedap tu.

rupanya majlis tu adalah majlis penutup kejohanan golf siri jelajah 1Malaysia anjuran ahli parlimen Merbok.there was the Datok & Datin dan golfers2 yang semestinya org2 elit belaka.sempena majlis tu,mereka ni dan juga dermawan2 lain memberi sumbangan untuk anak2 dari PDK Merbok...rezeki bebudak nilah.

majlis ringkas saja...speech...penyampaian sumbangan oleh Datok Tajul,selingan nyanyian & lepas tu penyampaian hadiah untuk acara golf.ending semestinya bergambar beramai2....
yang sedihnya makcik tak bawa kamera sebab en SU bawa pi treasure hunt.kamera lagi satu tak dak bateri.dah nak bertolak baru perasan...malas dah nak pi beli kat kedai.

tentang sumbangan tu...okaylah....jumlah yang agak banyak untuk budak kecik macam nabila ni...rezeki dia.umie ambik sikit nak bg kakak nurul sebab tiap2 hari jaga nabila.tapi umie simpan kat umie dulu sebab kalau bagi kat dia satg entah apa2 yg dia beli.nanti umie bagi masa pi Phuket.
nabila ok ja kannn????


1 comment:

Unknown said...

Alhamdulillah, ade rezeki nabila...

kak nurul pun dpt tempias sama.. rezeki..