SENANG CARI

17 March 2011

JELAJAH PULAU DI KRABI

salam.
untuk entry ni saya terpaksa collagekan gambar sb banyak sgt.
pulau pertama yg dilawati ialah pulau TUP.
ada 2 pulau sebenarnya.boleh cross antara dua2 pulau ni dgn berjalan kaki saja.masa kami sampai air tgh pasang.yg berani mmg melintas juga.saya tak berani sb tak pandai berenang.dah tu kalau tersangkut kat pulau sebelah tu tak ke malu.
mandi kat sini mmg best sb air tak dalam.
tempat ke dua ialah CHICKEN ISLAND.nampak tak bentuk pulau ni macam kepala ayam?
kat sini takde pantai.just tempat utk snorkeling.ada banyak ikan yg akan kerumun kalau bg roti.
alun kuat jugak masa ni.SU pening so dia tak turun.
saya dlm takut2 turun gak tapi mak oiiii....seram sb terapung2.
dok harap SU turun bolehla gayut kat dia.takkan nak gayut kat suami org...
tak turun rasa rugi.sib baik dapat sampai balik kat tangga bot.tertelan gak air masin sekali.
gambar saya takde sb SU tak perasan pun saya turun ke laut tu (memang sat sungguh la..hiihi)
setengah jam stop kat sini tapi rasa macam lama.
pening kepala sb bot berayun kiri kanan.mujur tak uweekkkk....
tempat ke 3 ialah PODA ISLAND.kat sini ramai 'dugong'.habis kamera saya dicemari gambar2 dugong...bebudak ni pun sibuk ja nampak itu..nampak ini...
berhenti makan kat sini (lunch provided..termasuk dlm pakej).lepas makan lepak2 menikmati aiskrim & jagung.jus buah2an pun ada jual kat sini.harga?biasalah...melambung.nama pun kat pulau.jagung 40 B (RM4),aiskrim SU beli 80 B,jus buah ja murah sikit 30 B.
kat sini ada pondok rehat & toilet...suka ja saya basuh muka...sekali...cheh!!!!air masin!!
air laut mmg terbaik kat sini...pasir halus.tapi saya tak turun sb time ni panas sgt.
bebudak ni mmg tak ingat apa dah...enjoy terjun bagai nak rak.
muka letih yg tak boleh percaya..
sampai kat pulau satu lagi berenang jugak.
pulau ke 4...PRANANG CAVE.
ada unsur2 kelucahan kat cave tu...ada member terperanjat.saya mmg dah tau sb dah tgk gambar masa SU dtg dulu.
kat sini ada aktiviti kayak & rock climbing.
masa ni panas jugak tapi kat tepi batu ni ada shade.
maka kami berkubang & bergosip kat situ ja.
all out....naik bot pukul 10.20 am.
turun bot pukul 5 pm.
(waktu Malaysia).
kos...akan di buat satu entry kemudian2 sikit.

2 comments:

makdara TERdiva said...

kak ieda..nnti citer kos pegi sana ye..interesting place..

biasa dgr org cite krabi ni best!
errr..tmpt ni dulu pun penah kena tsunami kan?

ieda said...

MDT..
NANTI SAYA BUAT SATU POST TTG KOS SAJA.KENA TANYA su DULU SB SAYA TAK PASTI SGT.

YEP...MMG PERNAH KENA TSUNAMI.