02 January 2011

REZEKI BERGANDA

salam.
ni kisah hari Khamis malam Jumaat yang baru lepas.
saya & SU decided nak keluar makan kat pizza hut sb nak redeem hot ticket.


dah boleh dapat 3 personal pizza.cukuplah utk kami berlima.nabila pn bukan suka sgt.

ajak SU pi yg dekat dgn rumah sb nak terus ke atm machine tp dia beria nak p kat Giant.dah dia yg drive kita ikut jelah kan.sampai kat situ apa lagi budak nabila ni tak nampak benda lain dah..terus main ja.kakak dia temankan.kami lepak dlm kedai tunggu order.kat pizza hut mmg slow.mana2 pun sama.kami oder 3 pizza yg berlainan rasa,air oren & mineral.tgh lepak2 tetiba muncul dua lg family member...oooo...patutlah SU ajak ke sini.rupanya depa dah dok lawan sms nak jumpa kat sini.
spt biasa meja mesti disambung...4 meja semuanya.anak2 yg kecik kat tempat mainan.
family chip oder pizza jg.family faizal minum ja sb dah kenyang.
masa nak ambil order kami minta bil diasingkan.waiter lelaki tu dah pening2 tak tau nak buat cemana.so Ton (wife faizal) suruh ja guna no kat meja yg ada tu.sat ja lepas tu waiter pompuan plk mai tanya benda yg sama.dah explain2 ke dia..oklah kot sb dia angguk2.
tetiba budak waiter lelaki tu dtg plk bgtau pizza dah habis.yg ada cuma yg oder awal2 tadi (ours).chip nak tukar oder benda lain.sementara dok belek2 menu kami tanya lagi nak confirm apa yg ada.sekali dia cakap regular pizza (chip punya) ada...alahai budak niiiii...

bila food sampai, waiter lelaki tu hantar satu personal pizza.kemudian lagi 3 personal pizza dibawa oleh waiter pompuan.bila saya tanya yg tiga tu perisa apa,budak waiter tu pun tak tau...adehhh...last2 figure out sendirilah.oder 3 tapi dapat 4 personal..saya tanyalah kat waiter lelaki tu yg dia hantar tu tak dak dlm oder pun.
dia dah pening.dia cakap..."ambik jelah".
"free?"tanya saya.
"free"..kata dia.....hah...rezeki bebudaklah tu.
kemudian air plk sampai...pun ada lebih.minta milo ais satu tp dapat 2 gelas...ok tak??
masa tu taklah ramai customer pun tapi mungkin sb dah nak tutup (kami sampai dekat 10 pm dah) maka bebudak kerja tu pun dah pening.kena plk dgn ahli meja panjang yg suka menyakat lagilah depa pening.

masa nak bayar pun pening gak.masa tu tinggal kami ja kat situ.last customer yg keluar.bil saya dgn chip campur sekali.kami suruh dia kira balik asing2.saya bg ja duit ngam2.
chip rm3o +.so dia bg duit 50 sekeping & few duit seringgit.maknanya cashier kena bg balik rm20 + berapa sen ja tapi budak tu bg lebih lagi rm6...kena buat matematikla plk dgn chip...nasibla dik oiii....katanya mlm tu ja depa dah short rm30+..tu tak termasuk yg terbagi free kat kami..

apapun...thank you PIZZA HUT Giant SP..
servis budak2 tu mmg terbaik..seriously walaupun depa pening2 lalat tapi maintain senyum.takdak yang tarik muka 16 pun...taht's the way it should be.customer pun senang hati..lain kali kami ajak lg ramai pi lepak kat situ..kita bg pening sekali lagi...okay?

terima kasih jg kat hotlink..pasni bg free apa pulak ye????

p/s...gambar takdak sebab tak bawa kamera.SU tak bgtau nak makan ramai2.
        gambar2 kat atas tu dari google.

4 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

selamat tahun baru

Dr Singa said...

boleh buat lagi next week!!

en_me said...

sodappnyerr pizza kanns..

*thanx singgah2 jenguk2 komen photoblog me yg itttewww..

ieda said...

brutalsolo...
selamat..tq.

DRS..
next week????xleh...TC level naik.

en_me..
mmmm......yg ni cuci perut..hehe