06 June 2010

kehamilan..buku merah

salam..
cuti sekolah aka musim orang kawen dah tiba..masa kerja hospital dulu selalu kira bila bulan 'baby boom'...biasanya bulan 9/10.sekarang susah nak agak sb org kawen tak kira cuti sekolah sgt dah.

yang dah biasa pregnant mesti pernah tengok 'buku merah' kan?buku tu kaler nak pink sikit tp panggil buku merah gak.buat antenatal check up kt klinik gomen mesti dapat buku ni.untuk ibu2 yg ada buku ni sila bawa walau ke mana saja anda pergi okay..macam IC.sgt penting sb segala maklumat kandungan ada kat situ.kita tak tau bila nak bersalin.kot tengah makan kenduri kt kg tetiba sakit mana tau kan..
ataupun pendarahan/keguguran etc.

maklumat penting kat kulit buku tu sila pastikan diisi dgn tepat.kalau suami ada 3 handphone sila bg semua no dia.ada no tel ofis,letak sekali kat situ.agak2 suami tu susah nak dihubungi letak sekali no ibu/ayah/sedara yg senang nak contact (satu dah ler..jgn letak berderet2 plk).mmg takde ruang utk tu..tp boleh tulis ja kat bawah sekali.masa emergency takla kalut misi nak cari...seriously,kadang2 terpaksa suruh polis tolong cari sb dok contact tak dapat2.

yang paling penting ialah..
LMP/THA (last mensrual period/tarikh haid akhir)...berikan hari pertama pusingan haid terakhir..ada yg bagi hari last sekali & ada jg yg suka2 ubah tarikh sb takmo kena induce ditakdirkan lebih hari/over due.
jgn berikan tarikh yg tak betul.kalau tak ingat cakap jer tak ingat.

masalahnya ditakdirkan baby mengalami masalah pembesaran & tak dikesan semasa pemeriksaan biasa takut nanti baby terbiar lebih hari dalam kandungan.bila lebih hari,uri semakin mengeras (calcification) & baby kekurangan oksigen.baby boleh lemas & meninggal dalam kandungan.sebab tu doktor induce bila dah lebih 7 hari dari tarikh jangkaan bersalin.risiko kematian lebih tinggi bila ditunggu lebih lama.

untuk tahu jangka bersalin melalui ultra sound/scan ia perlu dilakukan di peringkat awal kehamilan..sebaiknya sebelum 16 minggu..makin lewat scan makin kurang ketepatan tarikh jangkaan bersalin yg diperolehi itu.

ibu2 juga perlu peka dgn pergerakan baby dlm kandungan.kadang2 doktor suruh kira seawal kandungan 30 minggu.ada jg bermula dr 34 minggu.ikut kes masing2.pergerakan baby dlm kandungan adalah satu2nya cara baby nak bgtau ibu yg dia ok @ tak.jadi kalau baby kurang gerak jgn la berlengah.terus ke klinik utk check.tak kisah la siang @ malam...

yg dikira adalah tendangan/kicking baby.gerakan baby yg macam berpusing/bergeser tu tak kira sb baby yg dah meninggal dalam kandungan boleh hasilkan pergerakan yg sama kerana ia berada dalam air mentuban.
google pic

3 comments:

Ummi Nuhlan said...

salam kak ida.
imah baru ja bukak kad merah
tapi kan..beza sgt..dekat private due 1.2 2011
dekat klinik gomen 20.01.2011

ieda said...

imah..scan awal lg tu..akak tgk n3 imah..bru nampak sac.tunggu sampai nampak baby.ukuran tu nanti lebih tepat.

Anonymous said...

Is it possible Abercrombie clothing to turn a profit by gifting abercrombie Jeans promotional items and selling your inventory at the same time? Is it possible to Abercrombie Pants make large sums Abercrombie Tees of money by giving away promotional clothing? Abercrombie Shorts Will this practice bring awareness to your brand? Fashionable promotional clothing items are a great way to Abercrombie Sweaters help sell your brand to your target audience. Items like shirts and caps are favorites among most consumers especially when they receive them for free as a gift or give-away. Be it a screen printed tee shirt or an embroidered hat or polo shirt, your imprinted logowill leave a long lasting impression and gain a lot of attention by your targeted audience.