terimakasih kepada semua teman yang mendoakan kesihatan FIL saya.
untuk makluman semua,abah telah pergi mengadap Ilahi pada awal pagi tadi...sekitar jam 1.50 pg 26.4.2010....semasa tiba di hospital abah sedang di resuccitate (CPR)..selepas lebih setengah jam tanpa respon positif kami bersetuju utk menghentikan CPR & abah disahkan telah tiada...cause of death is AECOAD with sepsis.
Jenazah tiba di rumah sekitar jam 4 pagi dan selamat dikebumikan pada pukul 3.30 ptg tadi...hujan renyai2 turun mengiringi bacaan talkin..saya bersyukur kerana MIL & adik ipar dapat menerima dgn tenang.hanya sedikit tangisan ketika mencium jenazah.airmata saya juga menitis bila melihat suami menahan tangis sambil memeluk along...alhamdulillah juga kerana nurul tidak meraung seperti saat kehilangan arwah ibu & nenek sebelah ibunya dahulu..mungkin sekarang dia lebih tabah kerana telah beberapa kali kehilangan insan yg hampir dgn dirinya.
Jutaan terimakasih & penghargaan drp saya & hbby seisi keluarga kepada pihak2 berikut:
1. HSAH Sg Petani (casualty/kenanga 1/HDW)...semua dr & staf
memberi layanan yg sgt memuaskan...jg staf sokongan yg lain.
2. teman2 kelab Toyota Avanza Utara
3. teman2 kelab motosikal SMBC
4. saudara mara & rakan2 keluarga yang terlibat.
Semoga Allah membalas budi baik anda.
(tiada gambar diambil sepanjang hari ini kerana saya terlupa di mana saya simpan kamera....dah petang baru jumpa)
ini gambar arwah abah semasa di HDW yg saya sempat snap...jgn marah ye Pengarah HSAH..just sebagai kenangan...
semoga abah tenang di sana...amin.
8 comments:
Takziah untuk kak ieda n family. Al-fatihah tuk arwah
Salam takziah buat Ieda sekeluarga.
Salam takziah .... Harap sekeluarga bersabar ...
salam takziah utk kak ieda sekeluarga.
Al-Fatihah buat arwah...
semoga tabah meneruskan kehidupan
terima kasih semua..
Salam Takziah dari Lisa sekeluarga..moga roh FIL akak tenang dia alam sana..Alfatihah..
Saalm takziah..Alfatihah unutk arwah.
slm takziah... alfatihah.....
Post a Comment